Siakap Keli

(Video) Budak 10 Tahun Pijak Kepala Bayi Menangis Sampai Mati Kerana Panik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikenakan tuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia 6 bulan dalam kejadian di pusat jagaan yang berlaku di Wiconsin, Amerika Syarikat.

Kanak-kanak berkenaan yang menangis dibawa ke mahkamah dalam keadaan tangan bergari untuk dibacakan pertuduhan pada Isnin lalu sebagai penjenayah juvenil dan diarahkan untuk membayar wang ikat jamin sebanyak USD 50 ribu (RM 207 ribu). Suspek akan dikenakan pertuduhan membunuh dengan niat Tahap 1.

Menurut undang-undang yang diamalkan di Wisconsin, mana-mana inividu yang melakukan jenayah membunuh dan berusia 10 tahun ke atas akan dibicarakan sebagai orang dewasa.

Berdsarkan fakta kes, Polis Chippewa County  menerima panggilan kecemasan pada 30 Oktober daripada sebuah pusat asuhan luar bandar di Wheaton, Wisconsin. Sebaik tibanya pihak berkusa di sana, polis menemui seorang bayi lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai dalam keadaan kepala berlumuran darah.

Bayi malang berkenaan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan sebelum meninggal dunia pada 1 November.

Pihak polis kemudian melakukan soal siasat ke atas tiga orang kanak-kanak dan seorang penjaga dewasa yang berada di tempat kejadian sebelum mengesyaki bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai suspek utama.

Kanak-kanak berkenaan mengaku dan menceritakan perkara sebenar kepada polis. Menurut kanak-kanak berkenaan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa yang dipangkunya jatuh ke atas lantai. Disebabkan panik kerana mangsa menangis, dia bertindak memijak kepala bayi berkenaan.

”Apabila bayi berkenaan menangis, suspek menjadi panik dan memijak kepala mangsa untuk menghentikan tangisan itu disebabkan tidak mahu dikenakan hukuman oleh pengasuh di pusat jagaan tersebut,” kata pihak berkuasa.

Pakar perubatan yang membuat bedah siasat ke atas mayat mangsa juga mengesahkan kecederaan pada kepala bayi tersebut berlaku bukan disebabkan kemalangan.

Suspek dilaporkan tinggal bersama-sama keluarga angkatnya yang mengusahakan pusat jagaan tersebut sejak dipisahkan daripada ibu bapanya september lalu.

Menurut kedua-dua ibu bapanya, suspek sebelum ini pernah menerima rawatan kerana mengalami masalah kecelaruan mental.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xKBIGQhs2ck]

 

Sumber : The Independent

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.