Siakap Keli

(Video) Pengurus Kena Penjara Selepas Beri Hukuman Kejam Kepada Staf Bawahan Tak Capai KPI

Tiga orang pengurus di sebuah firma di China dikenakan hukuman penjara diatas tindakan mereka yang mengenakan hukuman memalukan terhadap staf yang gagal mencapai target yang ditetapkan syarikat.

Tindakan mereka terbongkar apabila satu video tular yang memaparkan 2 0rang staf dilibas dengan tali pinggang dan diarahkan minum cecair warna kuning yang dipercayai air kencing.

Netizen turut mendakwa staf-stafnya turut diugut makan lipas sekiranya gagal mencapai sasaran.

Menurut laporan South China Morning Post, ketiga-tiga pengurus firma tersebut telah dikenakan hukuman penjara selama dua hari.

Dalam video yang tersebar di platform Weibo itu, seorang wanita disebat dengan tali pinggang sambil dikelilingi oleh ketiga-tiga pengurus dan staf-staf yang lain.

Manakala seorang staf yang lain yang dikatakan pekerja di Bahagian Pengubahsuaian dilihat meminum satu cawan yang terisi dengan cecair kuning sambil menutup hidungnya.

Selain rakaman video, turut tersebar adalah satu screenshot yang didakwa dihantar oleh pengurus syarikat itu kepada pekerja bawahannya. Melalui screenshot tersebut, pengurus berkenaan memberitahu mereka bakal berhadapan dengan hukuman makan lipas di masa depan sekiranya menunjukkan prestasi kerja yang tidak bagus.

Malah, beberapa orang netizen turut tampil mendedahkan hukuman-hukuman memalukan lain yang turut diamalkan di firma tersebut antaranya staf dipaksa minum air tandas, cuka atau dibotakkan kepala.

Syarikat yang sama juga didahkan gagal membayar gaji selama dua bula terhadap staf-stafnya namun tiada staf yang berani bersuara kerana bimbang akan hukuman dan tidak menerima gaji.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru selepas tular hukuman yang terpaksa dilalui oleh sekumpulan pekerja yang menyertai kem bina diri.

Selain diarahkan menampar muka rakan antara satu sama lain, pekerja-pekerja berkenaan juga diarahkan merangkak di atas jalan dan mencium tong sampah di tempat awam.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yegG9n2fWJw]

Sumber : BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.