Siakap Keli
SONY DSC

(Video) Penumpang Cemas, Sayap Pesawat Lion Air Patah Merempuh Tiang Saat Hendak Berlepas

Cemas seketika apabila Pesawat Lion Air JT 633 laluan Bengkulu-Soekarno Hatta, Tangerang merempuh tiang sebelum berlepas di Lapangan Terbang Fatmawati Bengkulu malam tadi.

Difahamkan, ketika kejadian pesawat yang dijadualkan membawa 143 penumpang bersama 7 orang anak kapal itu sedang bersiap sedia di atas landasan sekitar pukul 7 malam.

Namun, secara tiba-tiba pesawat tersebut dikatakan merempuh tiang lampu hingga menyebabkan bahagian kiri sayap kapal mengalami kerosakan.

Meneusi satu kenyataan, Corporate Communications Strategic Lion Air, Danang Mandala Prihantoro, mengucapkan permohonan maaf syarikat itu kepada semua penumpang atas kesulitan yang ditimbulkan akibat insiden tersebut.

“Lion Air menyampaikan permohonan maaf kepada seluruh penumpang atas ketidak nyamanan yang timbul,” kata Danang.

Pihak Lion Air juga telah mengerahkan pasukan penyiasat untuk melakukan pemeriksaan terhadap pesawat tersebut.

Salah seorang saksi, Romidi Karnawan yang merupakan penumpang Batik Air yang turut menunda penerbangan selama 20 minit akibat insiden itu, sempat melihat kejadian tersebut ketika berada di lapangan terbang.

Penumpang Batik (Air, red.) turun, maka terlihatlah Lion Air berada di bahagian depan pesawat Batik kami.

“Terlihat sayap kiri pesawat Lion rosak, (kerana) merempuh tiang di lapangan terbang” kata Romidi ketika dihubungi media tempatan.

Pada masa yang sama, pemerhati penerbangan, Alvin Lie dalam satu kenyataan memberitahu bahawa insiden ini boleh saja berlaku disebabkan keadaan infrastruktur Lapangan Terbang Fatmawati Bengkulu.

Tempat parkir pesawat di Lapangan Terbang Bengkul dikatakan memiliki ruang yang sempit sehingga pesawat tidak mempunyai cukup ruang untuk bergerak.

Sumber : Tribun News

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di