Siakap Keli

(Video) Presiden PAFA Umum Letak Jawatan, Mahu Tumpu Karier Politik

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim melalui satu sidang media sebentar tadi telah mengumumkan perletakkan jawatannya.

Beliau sebelum ini menerima kritikan hebat daripada penyokong-penyokong bola sepak khususnya penyokong Perak yang mendakwa kecewa dengan cara beliau mengendalikan Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan The Bos Gaurus baru-baru ini.

Antaranya adalah insiden penularan beberapa keping gambar beliau bersama Piala Malaysia tersebut yang dikatakan tidak sesuai selain menjadi bahan jenaka di media sosial.

Beliau turut menjelaskan antara hasratnya untuk melepaskan jawatan tersebut adalah disebabkan ingin memberi fokus kepada karier politiknya.

”Tiada desakkan mana-mana pihak, cuma saya memikirkan ada sesuatu yang perlu saya fikirkan secara positif. Sejak saya menilai seminggu dua ini kehidupan saya, penumpuan saya sedikit terganggu. Walau bagaimanapun saya masih lagi memberi fokus kepada PAFA.

”Saya secara terbuka memohon maaf di atas kekhilafan saya dan saya mengharapkan permohonan maaf itu diterima,” katanya lagi.

Katanya lagi, kepimpinan PAFA sedia ada tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi sebaliknya bekerja keras bagi mengembalikan semula kegemilangan pasukan Perak.

Selain itu, beliau turut menafikan sebarang salah laku atau pecah amanah yang berlaku membabitkan penjualan tiket kepada peminat-peminat pasukan Perak dan bersedia untuk disiasat sekiranya ada pihak yang berhajat untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Beliau pada masa yang sama turut mengumumkan beberapa berita baik kepada buat peminat-peminat pasukan bola Perak.

Antaranya adalah berhubung kontrak jurulatih semasa pasukan, Mehmet Durokovic yang sah dilanjutkan untuk tempoh lebih daripada setahun.

Selain itu, pemain kelahiran Perak yang berkelana ke Terengganu, J. Parthiban yang secara dasarnya bersetuju untuk kembali menabur bakti buat pasukan negeri kelahirannya dan sedang memancing beberapa orang lagi pemain-pemain lain.

Sumber : FB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.