Siakap Keli

Kasih Seorang Ibu, Hilang Nyawa Lindungi Anak Daripada Letupan Skuter Elektrik

Berlaju dalam hanya beberapa saat, apabila sebuah skuter elektrik yang ditinggalkan untuk dicaj pada penjuru luar sebuah apartment secara tiba-tiba keluar percikan api dan meletup, seorang ibu bertindak sepantas kilat memeluk dan menjadi pelindung anak lelakinya yang berusia 5 tahun dalam kejadian yang berlaku di China.

Ketika kejadian, mangsa dan anaknya dalam perjalanan ke sebuah taman dan melalui kawasan perumahan tersebut, 3 November lepas.

Orang awam yang turut berada di lokasi kejadian segera menghulurkan bantuan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk membantu kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun, semua sudah terlambat buat si ibu yang berusia 34 tahun itu. Walaupun petugas kecemasan bergegas membawanya ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat kecederaan parah.

Manakala anaknya yang turut kritikal dalam letupan tersebut dipindahkan ke lima buah hospital dalam usaha terdesak para doktor untuk menyelamatkannya.

Dengan kesan luka terbakar teruk di seluruh badan, kanak-kanak tersebut kekal berada dalam kondisi kritikal. Dia juga disahkan hilang penglihatan belah kanan.

Namun yang sedihnya, kanak-kanak malang tersebut turut mengikut jejak langkah ibunya apabila menghembuskan nafas terakhir empat hari kemudian.

Menurut laporan pihak berkuasa, hanya bahagian dada dan perut wanita berkenaan sahaja selamat daripada letupan kerana dia menggunakan bahagian tersebut untuk melindungi anaknya.

Pihak berkuasa ketika ini sedang menyisat insiden berkenaan yang dipercayai berlaku akibat letupan bateri skuter elektrik.

Sumber : Asia One

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di