Siakap Keli
Gambar Hiasan

Orang Yang Sama Tetapi Dengan Dua Personaliti Dan Perwatakan Yang Berbeza

Perubahan persekitaran pada hari ini menyebabkan ramai yang mengalami tekanan atau gangguan emosi. Keadaan ini bukan lah sesuatu yang boleh diambil mudah, kerana ia memberi kesan kepada kesihatan dan menyebabkan kemurungan yang berpanjangan sehingga boleh mendatangkan masalah kepada mental.

Kredit: www.huffpost.com

Bukan hanya dengan kata-kata tetapi penderaan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami depresi. Pernahkan anda dengar mengenai “Dissociative Identity Disorder”, yang merupakan sebahagian daripada masalah mental. Pesakit ini akan mempunyai dua atau lebih personaliti yang berbeza dari segi identiti, sikap, imej, nama dan juga ingatan. Mereka seolah-olah menjadi seperti orang lain, dan tidak sedar apa yang dilakukan.

Personaliti tersebut akan bertukar secara tiba-tiba apabila menghadapi tekanan yang sangat teruk. Tidak semua daripada mereka akan berubah ke personaliti yang ganas, dan melakukan tindakan di luar jangkaan. Antara faktor utama yang menyebabkannya ialah pesakit ini pernah mengalami penderaan dari segi fizikal dan seksual yang teruk terutama pada zaman kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka trauma dan berdendam.

Kredit: http://howtodosmart.com

Peristiwa yang berlaku akan menyebabkan timbulnya satu personaliti atau watak yang berbeza sehingga pesakit seperti mengalami amnesia, kerana tidak ingat apa yang telah berlaku. Mereka bukan berpura-pura tetapi itulah sebahagian daripada simpton penyakit tersebut. Kes ini banyak dilaporkan di luar negara, sehingga ada yang melakukan pembunuhan.

Walaupun tiada ubat yang khusus untuk penyakit ini selain ubat penenang, tetapi pesakit boleh berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan sebarang rawatan. Penyakit ini boleh dirawat tetapi mengambil masa yang lama dan bergantung pada mereka sendiri.

Pelbagai filem english dan melayu yang dibuat bagi mendedahkan kita dengan penyakit ini seperti SAM. “Dissociative Identity Disorder” boleh dikatakan bahaya kerana, ia tidak menyedari setiap perkara yang dilakukannya.

Sumber: psychologytodaywebmd, clevelandclinic

marlya syafikah