Siakap Keli

(Video) Bayi Kembar Ditemui Orang Awam Selepas Dicampak Keluar Daripada Kereta Bergerak Laju

Seorang ibu sanggup mencampakkan dua bayi kembarnya ke atas jalan jalan raya daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak laju di Filipina.

Menurut laporan antarabangsa, kedua-dua bayi malang berkenaan ditemui masih bernyawa oleh orang awam yang terdengar bunyi tangisan ketika melalui jalan berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi bayi, yang lebih kecil mengalami kecederaan parah dengan kesan luka pada kulit disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Turut tersebar adalah satu rakaman video yang menunjukkan keadaan bayi-bayi tersebut ketika dijumpai. Orang awam kemudian bertindak menyelimutkan kedua-duanya yang sedang menangis.

Penduduk kampung yang menemui bayi berkenaan meluahkan perasaan marah dengan perbuatan ibu bapa kepada bayi-bayi berkenaan.

”Kedua-duanya sangat cantik, masih kecil dan lemah. Saya tidak menyangka keadaan mereka sedemikian ketika ditemui,” kata Lea Gutib.

”Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan hampir tidak menyawa, manakala seorang masih kuat dan boleh menggerakkan tangan serta kaki. Dia menangis seolah-olah meminta pertolongan daripada penduduk kampung.

”Saya tidak faham seorang ibu sanggup melakukan hal begini kepada bayinya. Mereka akan dihantui dengan peristiwa ini sampai bila-bila,” katanya lagi.

Seorang penduduk lagi yang turut berada di lokasi kejadian berkata perasaannya bercampur baur antara kasihan terhadap bayi dan marah kepada kedua-dua ibu bapa bayi berkenaan.

”Saya bersyukur untuk melihat bayi cantik ini terus hidup, tetapi dia akan keseorangan kerana pasangan kembarnya sudah tiada.

”Saya merasa sedih, tetapi amat marah kepada orang dewasa yang bertindak sedemikian rupa. Saya berharap bayi ini dapat terus hidup dan dijaga oleh keluarga yang menyayanginya sepenuh hati,” kata Jean Miral.

Polis percaya, kedua-dua bayi berkenaan sudah berada di kawasan rumput itu untuk tempoh yang lama sebelum ditemui orang lain. Ibu dan bapa bayi malang berkenaan masih diburu pihak berkuasa.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ALNBtiPfIaY]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.