Siakap Keli
Buletin Malaysia

(Video) Farid Kamil Dakwa Ditawar Wang RM5 Juta Untuk Memaafkan Pemimpin Kerajaan Lama

Pelakon dan Pengarah popular, Datuk Farid Kamil mendakwa pernah ditawarkan wang tunai sebanyak RM 5 juta bagi memaafkan seorang pemimpin utama kerajaan terdahulu dan isterinya.

Video dakwaan yang dibuat beliau menjadi tular di media sosial itu dipercayai diambil ketika menyertai satu program bual bicara di salah sebuah stesen telvisyen sebagai tetamu.

”Untuk memaafkan, RM 5 juta? Saya rasa ini terlalu banyak dan agak luar biasalah permintaan,” dakwanya yang menolak tawaran tersebut.

Beliau kemudian memberitahu bahawa mula hilang kepercayaan kepada kerajaan terdahulu apabila mereka menghantar orang untuk merasuahnya.

”Pada saya itulah yang paling mencabar. Dugaan duit RM 5 juta yang diberikan dan selepas kita menolak duit itu, mereka menggunakan wang berkenaan untuk kenakan kita,” dakwanya lagi.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.