Polis Dubai ketika ini memulakan inisiatif untuk melatih para anggotanya mengendalikan motosikal terbang bagi melawan keganasan daripada udara.
Badan penguatkuasa berkenaan percaya bahawa hoverbike jenis S3 2019 yang dibina firma berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu dapat membantu mencegah jenayah-jenayah di kawasan sukar diakses.
Dalam satu klip video yang dikongsikan di media sosial, seorang pegawai polis dengan uniform lengkap dan bertopi kaledar dilihat berlatih mengendalikan hovekraf yang berlepas daripada sebuah padang tiruan berlatar belakangkan sebuah menara pencakar langit di negara itu.
Menurut laporan media antarabangsa, Dailymail, polis Dubai dijangka bakal menggunakan kenderaan jenis baru itu menjelang tahun 2020.
”Buat masa sekarang, kami mempunyai dua orang pegawai yang menjalani latihan dan jumlah tersebut akan bertambah dari masa ke masa,” kata jurucakap polis, Khalid Nasser Alrazooqi.
Hoverbike berkenaan sebelum ini pernah menyertai pameran teknologi tinggi di negara Teluk itu yang sesuai untuk digunakan oleh pasukan penguatkuasa.
Firma bekernaan, Hoversurf memaklumkan bahawa mereka boleh memenuhi tempahan 30 sehingga 40 buah hoverbike jika Dubai berminat. Malah negara berkenaan juga diberi keistimewaan untuk membuat tempahan tanpa had di masa akan datang.
Orang awam juga boleh memiliki hoverbike yang berharga USD 150 ribu (RM 626 ribu), namun perlu menjalani tapisan terlebih dahulu bagi membolehkan mereka mengendali hoverbike dengan selamat.
Hoverbike seberat 114 kg itu mempunyai empat bahagian yang dipasang propeller dan digerakkan oleh tenaga bateri yang mampu bertahan selama 40 minit sebelum perlu dicaj semula.
Dengan setiap propeller mempunyai tiga bilah baling, hoverbike boleh memecut sehingga kelajuan 96 kmj dan terbang pada ketinggian 5 meter daripada tanah.
Dimensi hoverbike juga memebenarkannya untuk melalui sebuah pintu bersaiz biasa dan boleh berlepas daripada kawasan seluas petak pakir kenderaan.
”Dengan menggabungkan sistem kawalan penerbangan binaan sendiri kami dengan teknik mengendali bahan komposit yang inovatif dan pasukan yang berdedikasi, kami berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan.
”Kami mempersembahkan S3 2019 untuk pasukan Polis Dubai ketika pameran GITEX 2018 di mana kenderaan ini bakal menjadi satu cabang polis masa depan.
”Kami dan Polis Dubai bersetuju, ini hanyalah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar. Kerjasama kedua-duanya menjadikan impian masa depan sudah berada dalam gengaman dan semua orang boleh memiliki sistem penerbangan peribadi,” kata Hoversurf di laman sesawang mereka.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=GQMGq8gk6QM]
Sumber : Dailymail