Siakap Keli

Johor Siap Sedia Hadapi Monsun Timur Laut

Kerajaan Johor sudah bersiap siaga untuk menghadapi fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka membawa taburan hujan banyak sehingga boleh mengakibatkan bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata fenomena itu dijangka bermula penghujung bulan ini sehingga Mac tahun depan.

“Johor sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan sebarang kemungkinan dalam tempoh berkenaan (monsun) dengan pelbagai usaha dilakukan melibatkan beberapa agensi.

“Melalui portfolio saya, Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil tindakan awal dengan menyelenggara dan membersihkan sistem perparitan di kawasan berisiko banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program ‘Family Fun and Health 2018’ di Dataran Kluang di sini hari ini. Turut hadir Anggota Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

Sahruddin berkata persiapan akan dimulakan dengan pemantauan hujan dan kenaikan paras air sungai serta laut sehingga kepada persediaan dalam menangani waktu kecemasan, pemindahan penduduk, aspek kesihatan serta bekalan barangan keperluan.

Beliau berkata persiapan awal turut dilakukan di peringkat daerah dengan masing-masing akan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Banjir di semua jabatan dengan memberi penugasan mengikut peranan tertentu.

“Melalui mesyuarat tersebut, pelbagai persiapan dilakukan termasuk mengemas kini senarai keanggotaan jawatankuasa yang terlibat termasuk pengerusi zon banjir mengikut setiap mukim.

“Dari segi kesihatan, saya meminta Jabatan Kesihatan Negeri Johor bersiap sedia dari aspek pencegahan penyakit berjangkit kerana kebiasaannya, selepas musim banjir pelbagai penyakit akan muncul seperti malaria, demam campak dan sebagainya,” kata beliau. – Bernama

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di