Siakap Keli

Kementerian Kewangan Pertimbang Cadangan Menteri Pendidikan Teruskan Bantuan Baucar Buku

Kecoh baru-baru ini apabila Kad Siswa 1 Malaysia yang menggantikan  Baucar Buku berjumlah RM 250 yang dinikmati pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi hendahdiberhentikan.

Ura-ura penarikkan semula bantuan tersebut menyebabkan ramai para mahasiswa menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial dan mahu kerajaan menarik semula hasrat tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Twitternya memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan sedia untuk mempertimbangkan syor yang dibuatnya agar bantuan Baucar Buku untuk mahasiswa diteruskan.

Katanya lagi, perkara berkenaan telah pun dibawa ke Mesyuarat Kabinet, pertama kali selepas Belanjawan 2019 dibentangkan oleh YB Lim Guan Eng, 2 November lalu.

”YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seumpama ini perlu diteruskan.

”Kami berharap ada berita gembira dalam amsa terdekat,” kata beliau yang menzahirkan perasaan terima kasih ke atas kesudian Menteri Kewangan dan Perdana Menteri untuk mempertimbankan perkara ini.

”Seperti saya telah menjanjikan sebelum ini saya akan memastikan kebajikan mahasiswa dijaga. Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa,” katanya.

Sumber : Twitter Menteri Pendidikan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.