Siakap Keli
Ketua Basarnas, Muhammad Syaugi/Tribun News

”Kami Mohon Maaf,” Basarnas Hentikan Pencarian Mangsa Nahas Lion Air

Memasuki hari ke 13 terhempasnya pesawat Lion Air JT610 di perairan Tanjung Karawang, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dilaporkan telah menghentikan operasi mencari mayat mangsa yang terkorban.

“Operasi pencarian secara berpusat ditutup hari ini. Namun Pejabat Mencari dan Menyelamat di Jakarta dan Bandung akan berada dalam keadaan siap sedia 24 jam,” kata Ketua Basarnas, Muhammad Syaugi pada sidang media di Tanjung Priok pada Sabtu.

Jelas beliau, Pejabat Mencari dan Menyelamat berkenaan sedia berkhidmat jika mereka menerima maklumat penemuan mayat penumpang nahas pesawat malang itu.

Pasukan mencari dan menyelamat telah berusaha semaksima mungkin selama 13 hari dalam operasi tersebut sebelum memutuskan untuk menghentikan pencarian mangsa korban, ujarnya.

“Kami mohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada keluarga mangsa jika usaha sepanjang operasi pencarian ini tidak memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Difahamkan, pasukan SAR telah mengumpul 196 beg berisi mayat sepanjang operasi pencarian dijalankan.

Daripada jumlah itu, Jurucakap Pesuruhjaya Kanan Polis Indonesia, Sulistyo Pudjo Hartono berkata mereka telah mengenal pasti 51 mayat mangsa.

Namun katanya, jumlah beg bukan menunjukkan bilangan mayat yang ditemui pasukan SAR kerana setiap beg mengandungi bahagian badan daripada mangsa yang berlainan.

Sumber : Antara News 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.