Siakap Keli
Gambar : The Sun

Keluarga Terkejut, Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula Saat Mahu Dikebumikan

Satu ‘keajaiban’ berlaku, apabila seorang warga emas berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia ‘bangun semula’ pada hari pengebumiannya dengan berkata dia hanya tidur sebentar.

Lelaki yang dikenali sebagai Budh Ram itu disahkan meninggal dunia oleh doktor pada Sabtu selepas pengsan di rumahnya di Rajasthan, India.

Seorang sami telah dipanggil untuk upacara pengebumian dan seluruh ahli keluarga lelaki terbabit turut membotakkan kepala mereka sebagai sebahagian daripada upacara pengebumiannya.

Anak sulungnya, Balu Ram, 65, berkata, mereka sekeluarga sedang melakukan persiapan untuk memandikan mayat, namun terkejut apabila bapanya itu mula menggigil secara tiba-tiba.

Jelasnya, ketika air dicurahkan ke dada ayahnya itu, saat itulah mereka mendapati ayahnya masih hidup dan terus membawanya ke katil dan dia mula bernafas seperti biasa.

Ram dilaporkan bangun dan memberitahu keluarganya yang sedang berduka ketika itu bahawa dia ‘tidur sekejap’ kerana berasa sakit dada.

Anak lelakinya yang berusia 65 tahun itu menyifatkan ia sebagai satu perkara ajaib.

Sumber : The Sun

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.