Siakap Keli
Gambar Fb : Lim Kerchwing

Berpura-Pura Langgar Belakang Kereta, Wanita Cerita Detik Cemas Ini Dirompak Sekumpulan Mat Rempit

Selalu kita dengar jenayah rompakan akan berlaku pada tempat yang sunyi dan tiada trafik lalu lintas yang banyak. Tapi ini lain pula jadinya oleh sesorang wanita ini di rompak semasa berlakunya kemalangan yang dibuat-buat.

Ini kisah daripada seorang pengguna facebook mengaku dirinya dirompak oleh sekumpulan ‘budak motor’ sewaktu pulang dari kerja yang memandu berseorangan. Kejadian itu berlaku di lebuh raya Kajang Silk berhampiran dengan medan makan di Country Height pada sekitar pukul 10 malam semalam.

Pergerakan trafik perlahan sehingga 20km/j dan mengalami masalah trafik yang sangat tinggi di susur keluar Sungai Ramal. Kejadian itu berlaku apabila kereta di hadapan dengan tiba-tiba henti kereta dan salah seorang penunggang motosikal langgar bahagian belakang keretanya seolah-olah tidak dapat mengawal motornya.

Wanita ini tidak terfikir sesuatu yang buruk berlaku, jadi dia  keluar dari kereta untuk mengetahui kepastian keadaan penunggang motor tersebut kerana sewaktu itu trafic berjalan perlahan. Dia cepat-cepat capai telefonnya untuk menganbil gambar sebagai bukti.

Tapi lain pula dia rasa ada sesuatu tidak kena kerana mendapati tiada nombor plat hadapan daripada motor tersebut. Dalam keadaan begitu, ada penunggang lain berhenti motor dan meragut rantai leher.

Seterusnya sebelum mereka beredar, ada lagi empat motosikal berheti di hadapan kereta dan pergi ke arah tempat duduk penumpang serta mengambil barang berharga di dalam kereta seperti komputer riba dan dompet.

 

Sumber : Lim Kerchwing

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang