Penyakit resdung atau nama lainnya yang dikenali sebagai sinusitis merupakan sejenis radangan yang menyerang rongga sinus yang disebabkan jangkitan kuman.
Sinusitis ini akan terjadi dengan menunjukkan gejala seperti lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.
Penyakit ini merupakan antara penyakit yang ‘popular’ di negara ini kerana jika pelbagai pihak selain di hospital sering kali dilihat menawarkan pelbagai jenis rawatan yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit resdung ini.
Persoalannya, benarkah rawatan alternatif yang terdapat diluar sana mampu merawat sakit ini meskipun kaedahnya menggunakan bahan-bahan yang tidak diyakini.
Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi tujuh jenis saranan merawat resdung yang ditulis oleh seorang doktor Pakar Telinga, Hidung & Tekak.

Anda seorang pesakit resdung? Kerapa gatal-gatal dan tersumbat hidung?
Ini 7 Tip untuk pesakit resdung
1. Konsisten dengan ubat yang doktor beri.
2. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan simptom anda menjadi-jadi. Doktor sendiri sukar untuk mengenalpasti, berbanding pesakit.

3. Ujian allergic skin test boleh membantu mengenalpasti punca alahan.
4. Elak segala punca yang menyebabkan gejala resdung anda datang.
5. Elakkan segala rawatan yang bukan-bukan di luar sana. Patuhi kebersihan dalam merawat penyakit anda.
6. Elakkan di kawasan habuk, ramai orang, kawasan tertutp yang tiada ruang pengudaraan, cuaca sejuk dan lain-lain.

7. Pembedahan diperlukan atas nasihat doktor bergantung gejala anda alami.
Sebar-sebarkan info ini. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih