Siakap Keli

Gamer Sejati Takkan ‘Paused Game’ Walau Perut Lapar, Mujur Ada Aplikasi Terbaru Dari KFC Cuma Perlu Tekan, Pesan Dan Dapatkan Cheezy Wedges Percuma

Kulit yang rangup, isi putih yang menyelerakan dan diperap dengan aneka rempah yang begitu ‘kick’, maka tak hairanlah KFC kekal menjadi Raja Makanan Segera untuk berdekad-dekad lamanya di Malaysia. Barangkali, tiada siapa pun dapat melupakan momen-momen indah saat pertama kali menjamah keenakan ayam goreng KFC.

Bermula dengan resipi asli ayam goreng Colonel, Hot & Spicy Zinger Fillet sehinggalah Cheezy Wedges, KFC kekal komited sedari awal untuk menghidangkan kepada anda pengalaman menikmati ayam goreng sebenar yang terkenal di seluruh dunia dan pelbagai hidangan enak yang lain.

Kenangan menunggu ayah dapat gaji dan keluar beramai-samai satu keluarga ke restoran KFC masih segar di minda, hari ini, untuk anda penggemar KFC, caranya menjadi lebih mudah. Dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon, anda tidak lagi perlu beratur di kaunter untuk membuat pesanan dan menanti untuk meja kosong. Maklumlah, KFC sentiasa penuh.

Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang ‘gamer’ sejati, lecehlah kalau kena keluar makan waktu ‘game’ tengah berjalan kan. Nah, KFC sebagaimana yang anda tahu, antara pendukung utama E-Sports di Malaysia, telah melancarkan satu aplikasi terbaru, KFC Malaysia yang boleh dimuat turun daripada Google Store dan App Store  untuk memudahkan anda membuat pesanan.

 

Sebab itu kami katakan bahawa KFC sangat-sangat memahami ‘soul’ gamer sejati. Melalui aplikasi terbaru dan CARA LEBIH MUDAH untuk KFC Delivery ini adalah sokongan yang anda perlukan saat perut anda berbunyi ketika ‘berjuang’ di arena permainan video.

Yang syoknya, jika anda memesan KFC Delivery menggunakan aplikasi telefon pintar terbaharu ini, KFC berbesar hati untuk memberikan anda Cheezy Wedges secara PERCUMA. WOW!! Mudah bukan? Tak perlu lagi untuk anda beratur di kaunter atau memesan melalui panggilan. Jimat masa dan yang lebih penting, anda tak perlu ‘pause game’ lama-lama lagi.

Apa yang anda perlu buat untuk mendapatkan Cheezy Wedges secara percuma? Senang sahaja, sebaik sahaja anda memuat turun KFC App, anda boleh MENEBUS Cheezy Wedges PERCUMA untuk pesanan penghantaran seterusnya.

Oh ya, sebelum terlupa, jika anda merancang untuk hadir ke Axiata Arena untuk menyaksikan pasukan Dota 2 terbaik di dunia berentap di The Kuala Lumpur Major pada 16 hingga 18 November ini, JANGAN LUPA untuk berkunjung ke Booth KFC Delivery kerana terdapat pelbagai hadiah menarik menanti anda, termasuklah Freebies.

Usah lepaskan peluang menarik ini untuk anda dan gamers di luar sana. Muat turun sekarang aplikasi
terkini daripada KFC Malaysia dan buat pesanan untuk nikmati Cheezy Wedges yang lazat secara
percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KFC Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.