Siakap Keli

Lemak Sihat Dalam Minyak Kelapa Mencegah Penyakit Jantung dan Obesiti

Sinonimnya minyak akan digunakan semasa memasak, dan dikaitkan dengan zat yang tidak baik dan mendatangkan bahaya, tetapi sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk tujuan kesihatan tubuh dan juga wajah. Pasti dulu anda pernah melihat mak atau nenek menggunakan bahan semula jadi seperti minyak kelapa untuk mendapatkan wajah yang cantik.

Kredit: www.mnn.com

Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan minyak kelapa adalah antara makanan semula jadi paling sihat di dalam dunia. Terutama di kawasan asia, minyak kelapa banyak digunakan untuk pelbagai produk kesihatan. Penyelidikan juga membuktikan bahawa minyak kelapa mengandungi lemak sihat yang dikenali sebagai lemak rantaian sederhana (MCFAs) seperti “caprylic acid”, ” lauric acid”, dan “capric acid”.

Salah satu manfaat popular minyak kelapa ialah membantu pertumbuhan dan menjadikan rambut anda sihat serta tidak gugur. Minyak ini mengandungi protein penting yang diperlukan oleh rambut supaya ia tidak rosak dan sentiasa kelihatan bersinar.

Kredit: www.everydayhealth.com

Bagi yang menjaga kesihatan, anda tidak perlu risau kerana kandungan lemak yang terdapat dalam minyak kelapa ini akan ditukarkan menjadi tenaga dan tidak tersimpan sebagai lemak tepu kerana ia mudah dicerna. Maafaat yang terdapat dalam minyak kelapa ini juga dapat membantu pesakit  Alzheimer, kerana ia mampu memperbaiki semula fungsi otak.

Ramai orang mengatakan bahawa lemak yang terkandung dalam minyak kelapa menyebabkan penyakit jantung, sebenarnya ia sebaliknya. Minyak kelapa mengandungi lemak yang mampu mencegah kita daripada penyakit jantung, darah dan kolestrol tinggi. Lemak (MCFAs) bertindak sebagai antibiotik semula jadi yang mampu membunuh bakteria, melindungi buah pinggang dan hati daripada rosak.

Kredit: www.sciencedaily.com

Selain itu, kajian di india menunjukan bahawa, minyak kelapa dara dapat membantu merawat keradangan dan ia lebih berkesan daripada ubat-ubat yang terkemuka. Fungsi minyak ini juga mampu mencegah kanser daripada terus merebak. Golongan warga emas dan kanak-kanak boleh mengamalkan minyak ini kerana kandungan lemak (MCFAs) akan mengaktifkan sel-sel otak supaya mudah mengingat.

Maafaat lain minyak ini, bertindak sebagai pelembap, pembersih dan melindungi kulit daripada cahaya matahari. Asid lemak (caprylic dan lauric) yang terdapat dalam minyak kelapa boleh merawat kulit anda dari aspek luaran dan juga dalaman serta ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Sumber: draxe.com, manfaat.co.ideatthis

marlya syafikah