Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Tak Tahu’Breathwork’ Juga Merupakan Satu Senaman Yang Penting, Ini Huraiannya

Kita semua inginkan kesihatan yang baik dan terjaga. Bukankah lebih baik jika kita mendapat rawatan dengan mudah, percuma dan lebih terjamin untuk mencapai tahap kesihatan yang baik?  Sebenarnya cara penafasan yang bagus juga merupakan senaman untuk fizikal dan mental anda.

Senaman ini dikenali sebagai ‘breathwork’ iaitu untuk mengubah cara penafasan yang mempengaruhi emosi dan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Senaman ini daripada amalan Tai Chi dan Yoga.

Pada alam perubatan kini, ramai menggunakan teknik penafasan yang betul untuk menyembuhkan penyakit yang berkaitan mental. Ini adalah kebaikan jika anda melakukan terapi penafasan yang betul.

  • Mengurangkan tekanan dan kebimbangan

Seperti yang anda tahu, apabila menguruskan cara penafasan yang betul pasti anda akan terhindar daripada masalah tekanan dan kebimbangan.

Ini bermaksud, hormon tekanan perasaan berkurangan. Seperti masalah berat badan naik, hormon tidak stabil dan mengalami masalah tidur juga dapat berkurang jika melakukan penafasan yang baik.

  • Meningkatkan mood anda 

Berikutan daripada corak dan gaya penafasan boleh memberikan rangsangan yang positif terhadap perasaan kemurungan dari semasa ke semasa. Dalam satu kajian mendapati bahawa senaman yoga menggunakan penafasan yang bagus dan dapat mengurangkan masalah depresi seseorang. Tidak daripada itu, ia juga membantu seseorang pulih daripada trauma.

  • Memastikan usus berjalan dengan lancar

Bukan sahaja pernafasan mengubah cara tubuh anda bertindak balas kepada tekanan perasaan, tetapi ia juga memberi kesan kepada tahap usus. Tenaga tambahan yang telah anda jalankan melalui peningkatan oksigen dapat membantu menghilangkan toksin dari tubuh, yang membolehkan metabolisme anda berjalan dengan lebih berkesan.

Dan jika anda mengalami masalah perut yang berpunca dari tekanan, terapi pernafasan juga dapat membantu.

  • Meningkatkan tahap fokus seseorang

Dengan cara pernafasan dalam, akan membuatkan anda lebih fokus pada sesuatu. Cara ini sangat sesuai jika dipraktikkan oleh pelajar dan seorang pekerja yang menggunakan tahap pemikiran yang tinggi.

Jenis-jenis ‘Breathwork’

Pranayama: Para pengamal yoga mesti sudah terbiasa dengan perkataan ini. Ia adalah mengendalikan nafas untuk melepasi blok emosi yang memberikan kesan kepada anda.

Rebirthing: Bernafas hanya untuk menggerakkan udara masuk dan keluar, anda boleh mengubahnya untuk alihkan tenaga.

Holotropic: Ia bergabung dengan bunyian muzik untuk sesi pernafasan masuk dan keluar untuk jumlah yang sama tetapi kelajuan yang berbeza untuk mendorong keadaan kesedaran yang berubah.

Ada beberapa teknik penafasan salah satunya yang ditunjukkan dalam video ini iaitu teknik pernafasan 4-7-8. Selain itu, bernafas menggunakan bibir, pernafasan diafragma dan pernafasan yoga.

 

Sumber:

  1. https://www.bobsima.com/10-health-benefits-conscious-breathwork/
  2. https://draxe.com/breathwork/
  3. http://www.breathwisdom.com/2017/09/26/breathwork-apakah-itu/
  4. https://www.goodtherapy.org/learn-about-therapy/types/breathwork

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di