Siakap Keli

(Video) Cedera Ketika Pertandingan, Pelari Wanita Ini Merangkak Supaya Pasukannya Boleh Teruskan Larian

“Dedikasi, semangat berpasukan, kuat… Sangat banyak perkataan yang boleh diberikan kepada wanita ini” – itu antara komen-komen positif yang diberikan oleh pengguna internet setelah menonton satu video acara larian yang berlangsung Jepun.

Laporan Metro.co.uk berkata, remaja Jepun yang bernama Rei Iida itu terpaksa merangkak sejauh 200 meter di dalam satu acara larian berganti-ganti sejauh 41.8 KM. Rei perlu menamatkan larian sejauh 3.5 KM sebelum disambung oleh rakannya.

Malang bagi Rei apabila dia cedera ketika dalam larian dan kerana tidak mahu berputus asa, dia nekad merangkak sejauh 200 meter bagi memberi laluan kepada rakan untuk meneruskan larian. Semasa merangkak, Rei kelihatan menangis sambil lututnya dilihat dipenuhi dengan tompokan darah. Rakan Rei yang sedang menunggu di garisan penamat turut kelihatan menangis melihat rakannya yang nekad itu.

Di akhir video berkenaan, Rei berjaya juga menamatkan perlumbaan terbabit.

Ketika ditanya kenapa dia enggan berhenti, Rei berkata: “Lagi beberapa meter yang tinggal sehingga matlamat saya?

Walaupun berita mengenai kegigihan Rei sudah pun dilaporkan oleh media pada Oktober lalu, namun video acara berkenaan menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik semalam oleh Kevin W.

“Seorang pelari Jepun patah kaki ketika acara larian berganti. Dia merangkak kepada rakannya supaya pasukan boleh meneruskan larian. Kongsi kisah dia ini dengan seluruh dunia” tulis beliau.

Video berkenaan mendapat 90,000 perkongsian biarpun belum satu hari dimuat naik.

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....