Siakap Keli
Gambar hiasan

Wahai Ibu Bapa, Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Masih Kecil, Lelaki Ini Kongsi Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bercuti merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi semua orang. Tidak kira lah sama ada bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja, jikalau percutian tersebut teratur, pastinya akan memberi momen indah dalam hidup kita.

Bercuti bersama keluarga atau sahabat handai merupakan salah satu cara untuk menguatkan lagi ikatan tali persaudaraan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, sesetengah ibu bapa beranggapan bercuti dengan anak yang masih kecil akan ‘melecehkan’ atau menyukarkan pergerakan mereka berikutan pelbagai persiapan harus dilakukan  dan pelbagai karenah anak mereka perlu dilayan.

Tetapi, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, mereka harus sedar bahawa terdapat banyak kebaikan dan manfaat yang boleh didapati sekiranya kita bercuti bersama anak-anak yang masih kecil. Meskipun agak memenatkan, tetapi kegembiraan yang tercipta itu merupakan perasaan indah yang akan kekal menjadi memori dalam hidup kita.

Entri kali ini akan berkongsi artikel dari saudara Mohd Fhais yang menerangkan sebab-sebab kenapa ibu bapa tidak seharusnya berkira masa bercuti dengan anak kecil.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Sumber: Google

Ya Allah, kalau nak berkira bercuti dengan anak sebab leceh melayan kerenah diorang memang rugilah.

Rugi sangat sebab tak manfaatkan masa berharga ni masa anak masih kecil. Bila diorang dah besar nanti belum tentu masih ada berpeluang nak cuti bersama.

Sebabnya ;

1 – Anak dah besar nanti mesti sibuk dengan kerja dan urusan diorang, nak jumpa sebulan sekali pun dah susah. Paling tidak pun raya baru dapat jumpa.

2 – Bila dah kawan ramai mana nak lagi diorang bercuti dengan mak ayah, diorang lebih suka bercuti dengan kawan-kawan bujang mereka. Baru sekepala katanya.

3 – Kalau dapat bercuti bersama pun mesti berbalah sahaja, semua tak sependapat. Orang tua nak beli jeruk kat pasar chowrasta, yang muda pula nak selfie dekat sky walk. Huru hara wei dalam kereta !

4 – Masa anak kecil ni lah banyak tempat boleh masuk free, dah besar nanti semua kena bayar. Nak buang air pun kena bayar. Itulah specialnya bercuti masa anak kecil, jimat belanja.

Sumber: Google

5 – Dah berkahwin nanti ada anak-anak mesti diorang akan utamakan anak isteri dahulu, mak ayah kemudian. Redha je lah masa ni jalan seorang diri.

6 – Kalau masa muda ni bercuti sebab nak hilangkan stress dan bahagiakan anak isteri tapi masa dah tua nanti bercuti sebab nak isi masa diri sendiri yang banyak terluang dan bahagiakan hati sendiri. Refleksi diri katanya !

7 – Masa diorang kecil ni kita bawa pergi zoo pun diorang dah cukup teruja dan bahagia, yang penting ada jalan-jalan dan gelak tawa. Dah besar nanti? Kalau tak sebut korea memang tak teruja langsung.

Sumber: Google

Anak anak kecil sekali je, masa ni lah kita nak pulun habiskan masa bersama mereka, jalan pimpin tangan, peluk cium, angkat naik atas kerusi. Ini semua kenangan bawa sampai tua !

Sebab bila mereka dah cukup akil baligh nanti kita nak angkat pun tak larat dah, bahkan diorang pun dah rasa malu nak peluk kita.

Sudah-sudahlah kerja, cutilah pulak !

p/s : Sebarkan pada kawan2 yang lain yang anak masih kecil kecil ya semoga lebih ramai dapat manfaat.

p/s : Join telegram saya untuk dapatkan banyak tips rumahtangga dan parenting. Join di sini -> t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar