Siakap Keli

Dikritik Tak Prihatin, Biarkan Ibu Bapa Graduan Beratur Tepi Longkang, Pihak Universiti Beri Penjelasan

Ekoran gambar yang tular baru-baru ini melibatkan ibu bapa dan penjaga para graduan yang menghadiri konvokesyen di sebuah institusi awam, ramai diantara netizen tidak berpuas hati dengan pengurusan pihak universiti terbabit.

Ada diantara mereka yang kecewa kerana melihat para ibu bapa dan penjaga terutama yang berusia terpaksa beratur di laluan tepi longkang untuk masuk ke dewan utama.

Oleh yang demikian, universiti terbabit tampil memberi penjelasan berhubung isu ini.

Pencerahan berkenaan dengan isu ibu bapa masuk melalui pintu belakang bagi menghadiri konvokesyen.

Pihak Universiti Teknologi Malaysia dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas kesulitan yang telah berlaku melibatkan ibu bapa dan keluarga graduan-graduan yang menghadiri sesi Konvokesyen ke- 61.

Pihak Universiti, sememangnya sentiasa menghargai dan berusaha menitikberatkan keselesaan dan kelancaraan kepada para tetamu dan graduan sepanjang majlis konvokesyen berlangsung.

Bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku, pintu yang dinyatakan bukan merupakan pintu belakang tetapi pintu sisi dewan. Pihak urusetia universiti menyediakan laluan di pintu hadapan dewan bagi ibu bapa atau keluarga yang uzur, yang menggunakan kerusi roda, turut dibantu petugas. Laluan pintu sisi dibuka sebagai suatu laluan yang lebih hampir dengan tempat duduk ibubapa berbanding laluan pintu utama.

Pihak universiti ambil maklum akan kesulitan ini dan akan memperbaiki sebarang kelemahan yang berlaku demi keselesaan para tetamu yang hadir ke majlis konvokesyen yang sememangnya amat dinanti-nantikan para mahasiswa.

Dikongsikan bersama gambar-gambar petugas membantu ibu bapa semasa konvokesyen berlangsung:

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di