Siakap Keli
Mandatory Credit: Photo by Stewart Cook/REX/Shutterstock (9640572fl) Stan Lee 'Avengers: Infinity War' film premiere, Arrivals, Los Angeles, USA - 23 Apr 2018

Pencipta Watak Adiwira Marvel Meninggal Dunia

Pencipta komik legenda Marvel, Stand Lee meninggal dunia pada usia 95 tahun.Pengasas Marvel Comics itu menghadapi masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini meninggal dunia pada Isnin di Los Angeles.

“Ayah saya sangat menyayangi semua peminatnya. Dia seorang yang hebat dan baik,” ujar anak tunggal perempuannya, Joan Celia atau dikenali J.C. Isterinya Joan meninggal dunia Julai lalu selepas mengalami pelbagai komplikasi akibat strok.Mereka berkahwin  selama 70 tahun sebelum isterinya meninggal dunia.

Lee meninggal dunia sehari selepas dia memuat naik gambar di Twitternya yang berpakaian seragam WWII sempena Hari Veteran.Sebagai penulis terkenal di Marvel Comics, Lee dianggap sebagai ‘arkitek’ kontemporari buku komik.

Antara karektor dari komiknya yang menjadi fenomena termasuk Spider-Man, Hulk, X-Men, Fantastic Four, Doctor Strange dan sebagainya.

Sumber: Dailymail

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)