Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Yang Keliru Jamu Dan Pil Perancang, Penjelasan Ini Pasti Buat Ramai Kaku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masa kini ramai kaum wanita terutamanya memilih jalan mudah supaya tidak berjumpa doktor kerana terpaksa menunggu giliran yang lama. Jadi mereka bertindak untuk memakan jamu untuk kesihatan dalam tanpa mengetahui isi kandung jamu tersebut.

Bagi wanita yang sedang mengambil pil atau ubat perancang, gunalah yang disahkan oleh klinik kesihatan atau doktor. Bagi yang inginkan penjelasan lebih, mari kita ikuti penerangan daripada seorang jururawat.

Jamu tidak boleh mempunyai bahan aktif seperti oestrogen atau progesterone didalamnya. Sebab kalau ada, mesti tak dapat kelulusan dari KKM.

Ubat perancang keluarga atau ubat kesuburan yang dipreskripsikan oleh doktor mengandungi hormon tertentu pada dos yang selamat. Kesan sampingan pun kami tahu. Semua pesakit yang makan ubat hormon pula mesti ada temujanji semula dengan doktor.

Setiap mereka yang makan pil perancang, apa kesan yang mereka terima, kementerian akan bertangungjawab bukannya lepas tangan. Setiap ubatan yang dikeluarkan oleh kementerian pula mestilah melepasi tahap piawaian yang diluluskan.

Apapun pil yang dibekalkan oleh kementerian, tindakannya kalau nak menyubur, untuk subur sahaja. Kalau nak merancang kehamilan, untuk merancang kehamilan. Tidaklah keliru identiti begini. Keduanya boleh. Bila orang gagal, kena tuduh tak ikut pantang pula. Memang kena pantang macam-macam ke? Takde pula saya dengar ambil perancang yang dibekalkan kena pantang macam-macam. Aneh!

Dalam artikel yang ditulis juga, jururawat ini ada menasihat kepada ibu-ibu dan bakal ibu diluar sana tentang pil perancang ini.

Oh ya, jangan nak buat provokasi mempertikaikan pil perancang yang dibekalkan. Kalau nak bersoal jawab, saya nak tanya juga keyakinan anda terhadap jamu yang anda ambil tu. Berapa persen anda yakin dengan keselamatannya? Anda pembuat jamu ke?

Notakaki:
Nak provoke tapi shoot tak kena ni ‘sis’. Jangan penting diri sangat. Siapa beli jamu, mohon buat aku janji dengan ejen agar keselamatan anda terjamin. Kalau ada buku perancang kehamilan macam klinik buat lagi elok. Apa-apa jadi, boleh cari ejen anda

Sumber: Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang