Siakap Keli

‘Seperti Hari Kiamat,’ 110 Ribu Ekar Tanah California Dijilat Api, 44 Orang Terkorban

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California Amerika Syarikat meningkat kepada 44 orang, menjadikannya malapetaka paling dahsyat dalam sejarah negeri itu, lapor Xinhua.

Sebanyak 13 mayat ditemui pada Isnin di California Utara, kebanyakan mayat rentung dan sukar untuk dikenal pasti, kata Syerif Daerah Butte Kory Honea.

Timbalan Ketua Cal Fire, Scott McLean berkata tiupan angin dijangka berkurangan pada Isnin dan kelembapan mula meningkat, ia dapat membantu memudahkan usaha memadam kebakaran.

Lebih 111,000 ekar tanah, 6,453 rumah dan 260 bangunan perniagaan musnah dijilat api.

Pada Oktober 1933, California turut menyaksikan kebakaran dasyat di Taman Griffith yang mengorbankan puluhan nyawa.

Sumber: CNN

Nur Farra