Siakap Keli
Gambar : Facebook

Tragedi Berdarah, Sepasang Suami Isteri Cedera Ditetak Lelaki Tak Dikenali

Sepasang suami isteri cedera akibat ditetak beberapa kali oleh seorang lelaki di rumah teres dua tingkat milik pasangan itu di Taman Kobena, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian berlaku pada 10 malam ketika mangsa berusia 67 tahun bersama isterinya 61 tahun berada dalam rumah berkenaan.

Gambar : Facebook

“Suspek dipercayai memanjat balkoni tingkat satu dan kemudian masuk ke dalam rumah lalu mengambil pisau pemotong daging di dapur dan kemudian mencederakan kedua-duanya. 

“Selepas itu, suspek, yang hanya memakai seluar dalam dan penutup muka itu, melarikan diri melalui pintu grill bahagian dapur yang dibuka dengan menggunakan kunci. Tiada sebarang kesan umpil atau pecah masuk dan juga kesan selongkar pada mana-mana bahagian rumah itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Gambar : Facebook
Gambar : Facebook

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang cedera di tangan dan kepala susulan kejadian, kini dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan susulan di hospital berdekatan.

Kes disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.