Siakap Keli

(Video) Baru Nikah 2 Bulan Dah Naik Tangan, Isteri Nekad Minta Cerai, Suami Sujud, Merayu Di Pejabat Agama

Seorang suami bersujud dan merayu di kaki isterinya di Pejabat Agama Sulawesi, Indonesia meminta si isteri membatalkan penceraian yang telah difailkan.

Dalam video berdurasi 5 minit itu, kedengaran lelaki tersebut meraung-meraung merayu ditempat isterinya duduk.

Walau bagaimanapun, tindakannya itu ditenangkan si isteri sementara suami masih menangis tidak berhenti.

Mungkin mula muak dengan ‘perangai’ lelaki itu, si isteri lama-lama tampak seperti tidak peduli dengan suaminya yang terus menangis. Suaminya mula bangun dan mencium tangan isterinya sehingga membuatkan situasi ketika itu tegang.

Beberapa orang awam disitu nampak terharu dan turut menitiskan air mata.

“Tenang Moko, jangan bagi malu,” kata seorang wanita dalam video tersebut.

Lelaki tersebut menangis dan merayu kepada isterinya untuk membatalkan penceraian yang difailkan.  Kejadian disaksikan anggota keluarga sehingga rata-rata mereka terharu melihat lelaki itu sanggup melutut dihadapan isteri.

Memetik sumber, pasangan berkenaan baru 2 bulan sahaja bernikah namun isteri tekad memfailkan saman kerana kerap memukul isterinya.

Sumber: Fajar id

Nur Farra