Siakap Keli
Gambar : Youtube

(Video) Ngeri, Ular Sawa Sembunyi Dalam Lubang Tandas, Gigit Kemaluan Lelaki

Ngeri, apabila seekor ular sawa yang berada di dalam lubang tandas menggigit kemaluan seorang lelaki yang tidak menyedari kehadiran haiwan itu ketika mahu membuang air.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah yang dijadikan pejabat di Bangkok, Thailand pada pagi jumaat lalu.

Mangsa, Terdsak Kaewpangpan, 45, masuk ke dalam tandas pejabatnya pada pagi tersebut namun ketika mahu bangun dari tandas duduk itu dia merasakan satu kelainan apabila bahagian kemaluannya seperti digigit.

Tanpa berlengah, dia terus berdiri dan menarik kepala ular tersebut yang sedang menggigit dan tidak melepaskan kemaluannya ketika itu.

Darah mulai keluar dan Kwewpangpan yang berada dalam kesakitan menjerit meminta pertolongan.

Seorang jirannya yang terdengar jeritan itu bergegas membawa lelaki itu ke hospital. Doktor menemui empat luka gigitan di kemaluan mangsa dan dia terpaksamenerima 15 jahitan.

Pasukan penyelamat haiwan yang tiba mengambil masa setengah jam bagi menangkap ular tersebut.

Difahamkan, pada tahun 2016, kemaluan  seorang lelaki Atthaporn Boonmakchuay turut digigit seekor ular sawa ketika sedang membuang air besar di tandasnya.

Sumber : Inquirer.Net

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.