Siakap Keli
Gambar Kanak-Kanak Sekadar Hiasan

Diumpan Coklat, Budak 3 Tahun Mati Dirogol Dengan Kejam, Kepala Dihentak Batu-Bata

Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat digambarkan mengenai perbuatan seorang lelaki yang tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan memukulnya sehingga mati menggunakan sebiji batu-bata.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa sedang bermain bersama rakan-rakannya seperti biasa di Gurugam, pinggir New Delhi di India pada Ahad.

Dia kemudian didatangi seorang lelaki yang mengumpan mangsa dengan menawarkan untuk membeli coklat kepadanya.

Panik dengan apa yang berlaku, keluarga mangsa terus meminta pertolongan selepas rakan-rakan memberitahu anak mereka dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Gambar : Mirror UK

Hasil pencarian, mayat kanak-kanak malang itu ditemui saudara-mara keesokan pagi, di sebuah kedai usang yang hanya terletak kurang 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Hindustan Times melaporkan mangsa yang tidak didedahkan identiti itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dan mengalami kesan lebam di bahu, pinggang, dada dan bahagian belakang.

Pakaian mangsa juga telah ditanggalkan dan ditemui dalam longgokan berhampiran tempat kejadian.

Pelaku sangat kejam apabila mangsa didapati dirogol menggunakan sebatang kayu dan mengalami kecederaan dalaman.

Terdapat juga keretakan pada tengkoraknya selepas kepalanya dihentak menggunakan batu-bata.

Pasukan perubatan yang menjalani bedah siasat memberitahu bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan dalaman yang banyak.

Hasil siasatan polis, mereka kini sedang giat memburu suspek Sunil Kumar, 20, yang mempunyai kaitan dengan jenayah kejam ini.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.