Siakap Keli

“Rapuhnya Iman Bila Terfikir Nak Culik Anak Orang,” Wanita Kongsi Kegembiraan Timang Zuriat Selepas 20 Tahun Menunggu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pasangan yang sudah berumah tangga pasti mempunyai keinginan memiliki cahaya mata.  Namun, kita harus sedar, bahawa anak adalah hak Allah, sebanyak mana kita berusaha tapi jika belum masanya, Allah maha mengetahui.

Bersabarlah terhadap ketetapan Allah.  Ingatlah akan kesabaran nabi Zakaria, keluarga Imran serta nabi Ibrahim. Mereka selalu bersabar, ikhlas & tak pernah berhenti berdoa kepada-NYA hingga waktu yang sangat lama.  Mereka semua hamba2 Allah SWT yang bersegera dalam mengerjakan perintah-NYA. Hingga akhirnya, Allah SWT mengabulkan doa mereka dengan melebihi dari apa yang mereka minta, iaitu keturunan yang soleh & solehah.  Allah SWT abadikan kisah mereka untuk teladan bagi kehidupan kita.

Coretan Puan Farah melalui Facebook miliknya menceritakan penantian 20 tahun dengan pelbagai cabaran dan dugaan akhirnya menemukan hasil

Pernah terfikir untuk menculi anak orang lain, perkongsiannya wajar dijadikan panduan pasangan suami isteri yang masih menantikan cahaya mata sendiri.  Semoga bermanfaat.

Gambar Hiasan

Zuriat (Kisah benar)

Assalamualaikum . Mohon siarkan ya . Sekadar inspirasi utk yg lambat dpt cahaya mata

Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat ? Ya , anak , penyeri rumahtangga . Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri.Begitu juga suami . Suami sering ingatkan saya, sabar ya Sayang

Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sngt cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2 . Allah, dimana silap saya sampai begini saya di uji .. Allahhuakhbar . rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak org

Gambar Hiasan

Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 19 tahun usia perkahwinan . Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim, sampai kan saya pernah berdoa , Ya allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cacat sekalipun, aku sanggup ya allah … Allah hu Akbar

Setiap hari saya menunggu dah 20 tahun, sehingga saya jatuh sakit , Allah , dugaan .. Saya redha andai ini bahagian saya . saya ke hospital utk terima rawatan, ambil darah, urin test … Doctor dtg kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa ? Saya jawab 41 . Doctor senyum , dia ckp puan hamil tau .. serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa . Allahmdulillah …. Habis segala puji utk Allah . ya, sya disahkan hamil 4 bulan

Gambar Hiasan

Perasaan saya, melangkah keluar hospital, diri rasa diawangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nti abg mandi dulu .Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa , sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki , saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya gengam tangan dia, saya ckp , abg , syg mengandung 4 bulan . Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, apa ?? Betul ke syg ? Betul ??? Syukur ya Allah .. Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah . berderai air mata kami suami isteri

Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya disejadah , tak henti bersyukur . hidup saya seperti mati hidup balik . saya mula nampak cahaya matahari saya sudah ketawa, saya sngt bahagia

Gambar Hiasan

Kandungan saya tiada masaalah, bersalin ceazer sebab anak besar . 11.00 mlm saya msuk dewan bedah, 11. 15 pm saya dah nampak anak saya . syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu . Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat merah , perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kg . tak berhenti di mulut saya , syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah . satu2 nya anak tunggal saya kerana saya tidak d benarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun

Puteri Marissa bt Abdul Rahman
Dikau segalanya bagi mama dan papa
Alhamdulillah…

Sumber: Nor Farah Dilah

Nur Farra