Siakap Keli

Diterkam Ketika Sedang Menyusu, Bayi 12 Hari Maut Dilarikan Monyet

Seorang bayi terkorban apabila dibawa lari seekor monyet daripada dakapan ibunya di India.

Neha, ketika itu sedang menyusukan anaknya Arush, 12 hari sebelum binatang itu menerkam dan mengambil bayi tersebut lari di dalam rumah mereka.

Binatang itu kemudian meninggalkan bayi tersebut di atas bumbung rumah jiran mereka dan merasakan semuanya sudah terlambat.

“Pintu utama terbuka dan isteri saya sedang menyusukannya.  Tiba-tiba monyet datang dan mengambil anak saya dengan menggigit lehernya.”

“Sebelum Neha sempat melakukan apa-apa, monyet tersebut telah melarikan bayi kami.”

“Selepas mengejarnya, monyet tersebut meninggalkan Arush di atas bumbung rumah jiran dengan keadaan yang berlumuran darah dan tiada nadi.”

“Kami bawa ke hospital tetapi segalanya sudah terlambat, Arush sudah tiada.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra