Siakap Keli

ICERD, Ini Adalah Beberapa Perkara Yang Perlu Anda Tahu

ICERD adalah satu perkara yang sangat sensitif dan menjadi isu yang seringkali disebut-sebut, baik secara persendirian mahupun dilaporkan oleh pelbagai media arus perdana.

Desakkan dan tekanan terus diberikan kepada kerajaan, sama ada daripada kumpulan yang membantah tandangan perjanjian tersebut dan juga pihak yang menyatakan sokongan. Dalam sebuah negara yang multikaum seperti Malaysia, ditambah pula Perlembagaan Persekutuan yang unik, ICERD sudah pasti akan terus menjadi topik panas yang didebatkan dimana-mana sahaja.

ICERD jika dilihat secara mata kasar, memang semuanya nampak baik barangkali. Namun begitu, kami yakin ramai daripada anda masih belum faham secara sepenuhnya dengan ICERD yang disebut-sebut ini. Jadi kali ini kami di SK mahu berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai ICERD dan kami biarkan untuk anda menilaikannya.

ICERD dan permulaannya

ICERD merupakan akronim kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination ataupun Konvensyen Antarabangsa Bagi Penghapusan Semua Bentuk Dikriminasi Kaum. ICERD adalah satu perjanjian yang pertama kali ditandangani pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1965.

Jadi secara dasarnya, gerakkan untuk mendapatkan ratifikasi daripada negara-negara yang berada di bawah PBB ini sudahpun bermula sejak sekian lama. United Kingdom contohnya, menantangani perjanjian ini pada 1966 dan meratifikasinya kemudian. Sejak itu, UK menjadi negara yang tertakluk kepada ICERD dan dinilai daripada masa ke masa.

Bahasa mudahnya, apabila sesebuah negara misalnya Malaysia meratifikasikan perjanjian tersebut, Malaysia terpaksa tunduk dan perlu mematuhi segala terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian berkenaan.

Teks perjanjian ini dibaca dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman,  Itali dan Perancis. Sehingga 2014, sebanyak 177 buah negara sudahpun meratifikasikan perjanjian ini. Senarai negara-negara yang sudah menandatangani ICERD disini.

Negara-negara yang meratifikasi

Pihak-pihak yang terlibat di dalam ICERD ini secara asasnya ‘mengutuk segala bentuk perkauman’ dan perlu menyatakan komitmen untuk ‘menghapuskan segala jenis bentuk diskriminasi perkauman yang ada’.

Setiap negara terikat dengan janji bahawa kerajaan yang memerintah perlu menjamin hak semua warganya, tanpa perlu membeza-bezakan berdasarkan kaum, warna kulit, kewarganegaraan atau asal usul sesuatu etnik dan menjadikan semuanya sama di bawah satu undang-undang.

Selain itu, semua negara yang meratifikasikan perjanjian secara umumnya perlu mengecam sebarang penindasan berasaskan kaum dan amalan apartheid. Negara-negara ini juga perlu mengecam sebarang propaganda atau tindakan organisasi yang mengangkat idea kedudukan sesuatu kaum/kumpulan/etnik lebih tinggi daripada kaum/kumpulan/etnik yang lain.

Melalui ICERD juga, teori ketuanan sesuatu kaum adalah ‘salah dari segi saintifik, dikecam dari segi moral, tidak adil dari segi sosial dan juga berbahaya’. ICERD juga percaya bahawa ‘tiada sebab untuk membenarkan dikriminasi kaum, sama ada secara teori atau amali, walau dimana-mana sahaja’.

Malah, negara-negara ini juga perlu bersetuju bahawa adalah satu jenayah untuk mengembangkan idea ketuanan sesuatu kaum dan mereka juga bersetuju untuk menyediakan undang-undang supaya tindakan keganasan terhadap mana-mana kaum sebagai satu jenayah.

Impak pengenalan ICERD

Black-white handshake

ICERD secara dasarnya sudah diterima majoriti komuniti antarabangsa. Seperti ahli Konvensyen itu sendiri, banyak negara juga sudah bersetuju dengan mekanisma aduan individu ICERD dimana sesebuah negara bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka berjaya mematuhi piawaian-piawaian yang sudah digariskan.

Di beberapa negara, ICERD memberi impak yang besar kepada undang-undang tempatan. Negara-negara ini, berpandukan ICERD telah merangka undang-undang yang menghalang dikriminasi yang berlaku di tempat kerja terutamanya di bahagian perkhidmatan seperti sektor kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Jawatankuasa mengawal ICERD

ICERD diselia oleh Committee on the Elimination of Racial Discrimination (CERD). Jawatankuasa ini dianggotai oleh 18 orang pakar hak asasi manusia yang dilantik dalam kalangan negara-negara yang menandangani ICERD. Kesemua mereka dilantik menganggotai CERD selama emapat tahun sebelum undian dibuat untuk lantikan baru.

Semua negara di bawah ICERD perlu menghantar laporan secara tetap yang mengandungi laporan pencapaian negara-negera tersebut dalam mematuhi konvensyen yang ditandantangani. CERD kemudian akan membuat perincian ke atas laporan-laporan tersebut sebelum menberi cadangan untuk penambahbaikkan.

Bagaimanapun, badan bukan kerajaan (NGO) juga cenderung untuk menghantar laporan bagi negara masing-masing kepada CERD dan kebiasaannya laporan-laporan ini turut diberi perhatian.

ICERD dan Malaysia

Ramai pihak memberi pendapat bahawa meratifikasikan ICERD boleh menyebabkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di bawah Perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan tercabar.

Perkara 153 ini mengkehendaki kerajaan untuk mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti kuota biasiswa, pekerjaan dalam perkhidmatan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan. Antara hak-hak istimewa lain adalah kepentingan orang Melayu seperti kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan.

Itulah serba sedikit mengenai ICERD yang dapat kami kongsikan dengan anda. Semoga bermanfaat.

Sumber : Human Right, Rightinfo.org

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.