Siakap Keli

Tular Kes Murid Dirogol, Ditoreh Kemaluan Di Muar, Polis Minta Henti Ulang Sebar Isu Sensitif

Sebelum ini tersebar berita pembunuhan melibatkan seorang murid yang dirogol dan diliwat oleh seorang lelaki yang menculiknya.

Kejadian itu didakwa berlaku di Muar melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah agama.

Memetik sumber, pelajar tersebut bukan hanya di rogol dan diliwat malah menerima 18 jahitan di kemaluan selepas ditoreh dengan senjata tajam kerana menolak ajakan melakukan seks oral oleh suspek.

Walau bagaimanapun, berita ini disahkan pihak Polis Daerah Muar bahawa kejadian ini telah berlaku pada tahun 2014 dan bukan sebagaimana dilaporkan media yang mengulang sebar berita terbabit.

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN TULAR KES MURID DIROGOL, DITOREH KEMALUAN DI MUAR

Muar, 14 Nov – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengesahkan tiada menerima sebarang laporan polis berkaitan kes yang ditular pada hari ini.

Semakan telah dibuat dan kes yang ditular ini merupakan kes yang berlaku pada tahun 2014. Kes ini telah selesai di mana penjenayah terlibat telah dituduh pada 04/02/2014 dan dijatuh hukum pada 03/03/2015.

Sehubungan itu, pihak Polis Daerah Muar menasihati mana-mana individu atau pengguna media sosial menghentikan penyebaran isu-isu sensitif dan diulang-ulang dari mana-mana saluran media perkongsian.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut hanya boleh membangkitkan keresahan dan salah ertian dikalangan masyarakat.

ACP ZAHARUDIN BIN RASIP
Ketua Polis Daerah Muar

KENYATAAN MEDIA
Ketua Polis Daerah Muar
Bertarikh: 14 November 2018

 

Nur Farra