Siakap Keli

(Video) Viral Menangis Ditahan Nak Ke Sekolah, Polis Kemudian Hadiahkan Pelajar Ini Basikal

Klip video 2 orang kanak-kanak sekolah bawah umur menunggang motorsikal baru-baru ini viral selepas ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya.

Kejadian berlaku di Lombok Timur, Indonesia dimana kanak-kanak yang menunggang itu memohon agar polis tersebut melepaskannya untuk ke sekolah.

Video tersebut membuatkan rata-rata netizen geli hati dengan telatah kanak-kanak lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, beberapa hari kemudian kanak-kanak yang sama telah dipanggil pihak polis kerana ingin menghadiahkannya sebuah basikal.

Tindakan itu dibuat dengan harapan dia akan menggunakan basikal itu untuk ke sekolah dan tidak lagi menunggang motosikal kerana ianya merbahaya.

Sumber: Tribunnews

Nur Farra