Siakap Keli

Larangan Merokok Di Semua Premis Tahun 2019, SUHAKAM Sokong Keputusan Menteri Kesihatan Malaysia

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata mulai Disember depan semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Bagaimanapun ketika itu, pihak kementerian masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.

Hari ini, Dr. Lee berkata cadangan tersebut telah pun diluluskan dan berkuasa awal tahun depan.  Arahan akan dikeluarkan di semua restoran dan premis makanan seluruh negara.

Menurut beliau, arahan ini bukan sahaja tertakluk kepada tempat awam dan bangunan kerajaan, tetapi ia turut membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan tepi jalan.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut memberi sokongan terhadap keputusan yang dibuat Menteri Kesihatan Malaysia dalam menguatkuasakan larangan merokok dalam semua premis bermula tahun 2019 menerusi kenyataan media yang dimuat naik melalui laman Facebook rasmi mereka.

Nur Farra