Siakap Keli

Lebih 7,000 Isi Rumah Masih Tonton TV Siaran Hitam Putih

Hampir setengah abad berlalu, teknologi makin menongkah arus tapi lebih 7,000 orang di seluruh United Kingdom (UK) masih menonton menerusi televisyen hitam dan putih.

Walaupun terdapat peningkatan dalam penggunaan televisyen pintar, serta tablet dan telefon pintar, ira-kira 7,161 isi rumah UK masih belum beralih kepada evolusi televisyen bewarna.

Lebih separuh daripada TV di UK mendapat sambungan internet, jadi ia adalah perkara yang menarik apabila lebih 7,000 isi rumah tetap memilih untuk menonton rancangan kegemaran mereka dalam versi TV warna hitam dan putih,” kata jurucakap Pelesenan TV, Jason Hill.

Beliau dalam pada itu memberi amaran bahawa lesen diperlukan untuk semua tv termasuk untuk memuat turun program daripada BBC atau mana-mana komputer, tablet dan telefon.

Bulan lalu, Pelesenan TV memberitahu lebih 26,000 orang berusia antara 18 dan 25 tahun ditangkap menonton TV secara langsung atau BBC iPlayer tanpa lesen.

Sumber: Sky News

Nur Farra