Siakap Keli

“Selagi Tidak Langgar Undang-Undang, Najib Bebas Keluar Kenyataan” – A. Kadir

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, kata Datuk A. Kadir Jasin.

Penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata sejauh mana beliau tahu, seseorang tertuduh masih boleh membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah jika ia tidak berkaitan dengan kes yang dihadapinya.

“ Sekiranya dia tidak melanggar undang-undang, saya fikir kita tidak boleh menghalangnya. Saya tidak fikir ada orang menyokongnya selepas mereka menyingkirkan dia. Jika dia masih tidak didapati bersalah, biarkan dia bercakap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah daripada peserta sesi ceramah bertajuk  ‘ Pasca 9 Mei – Di Manakah Kita Menuju dalam Malaysia Baharu ‘ anjuran firma guaman, Lee Hishammuddin Allen dan Gledhill, di sini hari ini.

Kepada soalan mengapa Najib tidak memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga, A. Kadir berkata beliau juga hariran dengan keputusan SPRM itu, sambil menegaskan setiap orang yang ditangkap oleh suruhanjaya itu perlu diperlakukan sama rata.

Sambil menggesa hadirin yang sebahagian besarnya adalah peguam untuk menyuarakan perkara itu, beliau menegaskan keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, malah perlu dilihat telah ditegakkan.

“Saya pasti ada saiz yang padan dengan beliau. Saya tetap percaya bahawa kita perlu mendesak supaya setiap orang diberi layanan sama,” katanya.

Najib sebelum ini ditahan semalaman dan dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada 20 Sept mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM dan beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan tidak digari atau memakai baju lokap.

Mengenai dakwaan bahawa kerajaan hanya mendakwa pemimpin daripada era Najib manakala pemimpin daripada era Dr Mahathir pula dilindungi, A. Kadir menjelaskan bahawa kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih.

“Najib adalah daripada era Tun Mahathir, dan  Tun Mahathir jugalah yang menjadikan beliau menteri besar paling muda dalam sejarah Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di