Siakap Keli

Terlepas Genggaman Ibu, Jari Kanak-Kanak 2 Tahun ‘Dimakan’ Eskalator

Khamis lalu, tangan seorang kanak-kanak telah ‘dimakan’ eskalator di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Filipina.

Klip video yang tular itu telah dimuat naik seorang pengguna Facebook, Antonio Romero menyaksikan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun menangis sambil terduduk di kaki eskalator sambil ditemani pengawal keselamatan yang berusaha menenangkannya.

Memetik sumber, Romero berkata bahawa kanak-kanak itu jatuh selepas melepaskan tangan daripada genggaman ibunya.

“Dia tidak sengaja melepaskan tangan ibunya.  Jadi, dia tersadung di kaki dan jatuh.  Ketika hendak berdiri, dia menggunakan tangannya untuk mendapatkan sokongan dengan meletakkannya di eskalator.”

Romero berkata bahawa pengawal keselamatan melihat apa yang berlaku dan segera menghentikan eskalator. Disebabkan jari kanak-kanak itu kecil, dia akhirnya dapat menarik tangannya sendiri.

Sumber: Coconuts

Nur Farra