Siakap Keli

Bapa Mangsa Nahas Lion Air Saman Syarikat Penerbangan

Bapa kepada korban mangsa nahas terhempasnya Lion Air bertindak menyaman pihak Boeing kerana mendakwa kecacatan pesawat menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.

Bapa penumpang, Dr. Rio Nanda Pratama memfailkan saman ke atas syarikat itu di Mahkamah di Chicago, Amerika.

Tuntutan itu difailkan atas dakwaan syarikat penerbangan tidak mempunyai reka bentuk selamat bagi pesawat 737 MAX 8.

Dr. Rio, 26 terkorban sebaik pulang dari persidangan di Jakarta.  Mangsa yang sepatutnya berkahwin pada minggu ini sempat bergurau dengan tunangnya untuk merakam gambar memakai gaun perkahwinan mereka jika terlambat pulang dari persidangan tersebut.

Tunangnya, Intan Syari, 26, memakbulkan hasrat tunangnya dengan memakain busana perkahwinan mereka bagi menunjukkan tanda cintanya terhadap lelaki itu.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra