Siakap Keli

Enggan Keluarga Tahu Miliki Anak Luar Nikah, Wanita Nekad Sembunyi Anak Dalam Bonet Kereta Selama Dua Tahun

Paris: Seorang wanita didakwa di mahkamah atas kesalahan ‘menyembunyikan’ anak kandungnya selama dua tahun di dalam but kereta kerana enggan keluarganya mengetahui bahwa dia hamil dan melahirkan anak keempatnya itu.

Ibunya, Rosa Maria Da Cruz, 50, kini berdepan dengan dakwaan melakukan penderaan berulang kepada kanak-kanak bawah umur hingga menyebabkan kecacatan kekal pada Serena, menurut mahkamah tempatan.

Penderitaan kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Serena, 7, berakhir apabila dia dijumpai ‘tinggal’ di dalam but kereta oleh seorang mekanik di Terrasson, barat daya Perancis ketika ibunya menghantar kereta itu untuk dibaiki.

Semasa menghantar keretanya, Rosa memesan kepada mekanik tersebut untuk tidak membuka but kereta berikutan banyak barang yang diletakkan di situ.

Bagaimanapun, juru mekanik yang dikenali sebagai Denis Latour membuka but kereta tersebut selepas mendengar bunyi-bunyi yang mencurigakan dari arah dalam but tersebut sebelum menjumpai Serena di dalam keadaan kotor dan tidak berzat.

” Saya menemui kanak-kanak itu di dalam but kereta dengan keadaan telanjang, dikelilingi dengan sampah serta berbau busuk yang sangat kuat hingga membuatkan saya mekompat kebelakang,” ujarnya kepada media tempatan Perancis.

Menurut laporan, wanita itu dipercayai berbuat demikian kerana ingin menyembunyikan kehamilannya sehingga Serena lahir dari pengetahuan keluarga dan suaminya kerana dia hamil dengan lelaki lain.

Serena kini diletakkan dibawah rumah jagaan kanak-kanak dan memerlukan perhatian pakar berikutan sakit yang dialaminya sukar untuk dipulihkan.

Rosa dilaporkan berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun.

Sumber: Independent

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar