Siakap Keli
Gambar : Bernama

Anwar Presiden Baharu PKR, Azmin Timbalannya

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai Presiden PKR, parti yang terhasil daripada gerakan reformasi 1998 bagi menuntut keadilan untuk dirinya ketika itu.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan nombor dua parti selepas menewaskan pesaingnya Mohd Rafizi Ramli.

Bagi jawatan empat naib presiden parti yang dipertandingkan, mereka yang memenangi jawatan berkenaan ialah Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Dr A. Xavier Jayakumar dan Tian Chua.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Datuk Rashid Din pada Kongres Nasional ke-13 PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini.

Gambar : Bernama

Anwar yang sebelum ini Ketua Umum PKR, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR untuk tempoh 2018-2021 dalam pemilihan parti yang dilakukan secara berperingkat sejak Julai lepas.

Anggota Parlimen Port Dickson itu mengambil alih jawatan nombor satu parti daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah menyandang jawatan tersebut sejak 1999 dan tidak mempertahankannya pada kali ini.

Pada Jumaat, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha diumumkan sebagai Ketua Wanita PKR manakala ADUN Sementa Dr Daroyah Alwi sebagai timbalannya.

Bagi sayap Angkatan Muda Keadilan, Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dipilih sebagai ketuanya yang baharu manakala ADUN Gombak Setia Hilman Idham sebagai timbalannya.

Semalam, perwakilan Kongres Nasional PKR ke-13, sebulat suara bersetuju melantik Dr Wan Azizah sebagai Pengerusi Majlis Penasihat PKR. Jawatan Ketua Umum yang dipegang Anwar sebelum ini dimansuhkan.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di