Siakap Keli

Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ Roti Berkulat

Roti yang sudah tamat tarikh luput sudah tentunya tidak boleh dimakan lagi kerana tidak selamat untuk tubuh badan. Namun ada juga di antara kita yang masih memakan bahagian bersih pada roti berkulat dengan alasan masih elok dan tidak dicemari dengan bakteria.

Tetapi tahukah anda, tabiat itu mengundang bahaya kerana sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat. Akar kulat yang dikenali sebagai ‘hyphae’ telah menjalar di semua bahagian roti. Ikuti perkongsian oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan seperti di bawah.

Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ pada Roti Berkulat

Sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat. Ini adalah kerana kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan . seperti cendawan , kulat juga mempunyai ‘topi’ yang mudah dikesan dengan mata kasar.

Namun akarnya yang tersembunyi dikenali ‘hyphae’ adalah berbahaya buat manusia. Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti , maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat !

Anda boleh mengalami keracunan makanan kerana memakan roti yang telah berkulat. Pastikan cek tarikh luput roti sebelum membeli dan walaupun belum tarikh luput , pastikan roti anda tidak berkulat. Share share share, follow us on IG @myfoodsquad.

Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.