Siakap Keli

(Video)Selamat Hari Jadi Mickey Mouse, Kartun Ikonik Kini Sudah Berusia 90 Tahun

Siapa sahaja dalam kalangan kita tidak pernah menonton animasi Mickey Mouse. Sewaktu kecil, Mickey Mouse disamping animasi-animasi lain menjadi peneman hujung minggu saat sekolah cuti. Keletah wataknya yang mencuit hati membuatkan sesiapa sahaja di zaman kanak-kanaknya terpacak di depan kaca televisyen setiap hari.

Hari ini hari Ahad (17.11.2018) merupakan ‘hari jadi’ animasi kegemaran anda sewaktu kecil dahulu. Tahukah anda, Mickey Mosue hari menyambut hari jadinya yang ke 90 tahun. Sudah tua bukan?

Walt Disney Dan Isterinya dan Mickey Mouse

Animasi Mickey Mouse membuat kemunculan pertama apabila Walt Disney melancarkan ‘Steamboat Willie’ pada 18 N0vember 1928. Siri berkenaan merupakan percubaan kali pertama Walt Disney memperkenalkan watak berkenaan kepada khalayak umum dan dengan pantas, Mickey Mouse menjadi sensasi serta mampu bertahan sehingga ke hari ini.

”Orang ramai mula-mula takut dengannya. Namun tak lama, lepas itu Mickey Mouse menjadi kegilaan ramai. Kami mula mengeluarkan pelbagai produk sampingan bertemakan Mickey Mouse. Animasi ini menjadi lebih popular,” kata Becky Cline, pengarah Arkib Walt Disney.

Pencipta watak Mickey dan syarikat itu kemudian mencuba pelbagai idea baru untuk meastikan animasi berkenaan kekal relevan termasuklah menjadikannya watak sampingan dalam animasi-animasi yang lain.

”Bolehjadi, saya berkata, Mickey Mouse lebih popular daripada Coca-cola, semacam satu jenama yang mencetuskan fenomena dalam sejarah Amerika Syarikat,” kata pakar budaya pop yang mengajar di Universiti Syracuse, Robert Thompson.

Tahun ini, bersempana dengan ulang tahun Mickey Mosue ke 90, pelbagai jenama mewah antaranya Levi’s, Campbell’s Soup, Pez, Target, Goldfish dan Evian turut mengeluarkan produk khas sebagai penghargaan kepada animasi berkenaan.

Selamat ulan tahun ke 90 Mickey Mouse!

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=BBgghnQF6E4]

 

Sumber : Orlando Sentinel, Walt Disney

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.