Siakap Keli

Anak Masih Kecil Tapi Dah Berdengkur Masa Tidur? Ini Mungkin Antara Lima Penyebab Utamanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berdengkur selalu dikaitkan dengan orang dewasa yang mempunyai masalah saluran penafasan yang sempit, tonsil, obesiti dan sebagainya.

Tetapi, kalau ianya berlaku kepada anak-anak yang masih kecil, adakah ianya normal atau sebaliknya?

Kalau ada anak kecil yang dilihat berdengkur halus ketika tidur memang nampak comel pada awalnya, tetapi sekiranya perkara itu kerap berlaku pastinya akan membuatkan ibu bapa menjadi risau dengan kesihatan anak-anak.

Bingung dengan penyebab anak-anak yang masih kecil tetapi berdengkur semasa tidur? Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi antara sebab-sebab kenapa kanak-kanak berdengkur yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman facebooknya.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Sumber: Google

5 sebab kenapa anak kita berdengkur?

Ada antara anda yang yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.

Sumber: Google

1. Masalah berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk

2. Tonsil yang besar. Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.

3. Adenoid besar. Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga

4. Terlalu letih. Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku

5. Masalah pada hidung. Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.

Sumber: Google

Bagaimana langkah rawatan dan penyelesaiannya?

Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik.

Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.

Moga bermanfaat. Sila #kongsi kepada orang yang anda sayang.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar