Siakap Keli

Gajet Tidak Bawa Pengaruh Buruk, Ibu Bapa Harus Tahu Ajar Anak Cara Guna Yang Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kanak-kanak generasi kini dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet atau peralatan elektronik berbanding membuat aktiviti di luar rumah. Menurut kajian yang dilakukan, mereka mungkin hanya menghabiskan 30 peratus dengan bermain di luar rumah berikutan kini mereka lebih gemar bermain permainan yang terdapat di dalam gajet.

Meskipun kewujudan gajet seperti telefon pintar diakui banyak memberi kelebihan dan kebaikan untuk kegunaan harian masa kini, namun pastinya membawa keburukan sekiranya penggunaannya tidak dikawal.

Jika bercakap tentang gajet, pasti ramai ibu bapa yang sering menyalahkan alat ini kerana membawa pelbagai pengaruh buruk kepada anak-anak. Tetapi, sebenarnya jika diguna dengan cara yang betul dan tidak berlebihan, gajet ini sebenarnya mendatangkan banyak manfaat dan ilmu yang boleh dipelajari.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi penulisan dari salah seorang pengguna facebook yang menjelaskan tentang cara menggunakan gajet yang betul. Ibu bapa boleh baca dan fahami sebelum mengaplikasikan tips ini kepada anak-anak di rumah.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat buat semua.

Gambar hiasan

Gadget Tak Berdosa, Ini Cara Gunanya !

Hmmp.. Gadget selalu jadi “kambing hitam” bila melibatkan anak kecil ini. Kalau disimpulkan semua hujah-hujah tu ibarat gadget boleh jatuh kategori “haram”.

Tak dinafikan gadget banyak keburukan jika tidak di kawal. Sebenarnya banyak juga manfaat boleh kita teroka dari gadget jika di asah dan di bentuk dengan betul.

Batu berlian pun kalau tak di tempa dan di asah sebaiknya ia hanyalah sebiji batu biasa yang bertaburan di muka bumi.

Ini antara cara saya memanfaatkan gadget ;

Gambar hiasan

1 – Kawalan Masa

Sebelum nak beri anak gadget mak ayah kena ada kesedaran tentang gadget, wajib ada kawalan masa anak dengan gadget atau had screen time ( tv, komputer, tablet ). Orang tua pun kalau duk ngadap HP 24 jam boleh jadi buta sosialnya ini kan pula kanak-kanak.

Had masa yang disyorkan berbeza mengikut umur boleh rujuk di link bawah untuk pencerahan,
https://www.aap.org/…/American-Academy-of-Pediatrics-Announ…

2 – Tonton Bersama

Anak tengok kartun atau apa-apa cerita kita join tonton sama-sama, tinggal sebentar lipat baju atau boleh je lipat sebelah anak. Sambil buat kerja boleh ada kualiti time dengan anak. Jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga.

Masa ni juga kita boleh selami dunia anak anak ni, tak semua cerita kartun tu “Bad Influence”, kartun sekarang tak sama macam dulu sekarang banyak meseg positif sebagai contoh kartun omar hana.

Sampai sekarang rania terkesan dengan meseg omar hana ni,
” Sayang mama papa baru Allah sayang kita ”

Gambar Hiasan

3 – Buat Aktiviti Bersama

Hah ini kegemaran rania, pantang dengar lagu yang dia familiar dan suka di youtube kids mesti dia paksa kami menari bersama. Paling tidak pun kena tengok dia menari, lepas tu wajib tepuk tangan.😂

“Self Confidence” di bentuk dengan latihan dan sokongan moral dari mak ayah. Bila dah selalu praktis di rumah insyaallah anak tak kaku atau menangis bila naik atas pentas nanti.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang mak ayah boleh buat dengan anak sambil melayari gadget ni. Boleh berlakon jadi bangau, jadi kancil, jadi gajah, jadi princess dan banyak lagi la aktiviti yang berfaedah bersama anak-anak.

4 – Didik Cara Guna Yang Betul

Yang ini penting ! Tahu slide hp sahaja tak cukup, kena didik cara guna gadget yang betul. Bagitahu youtube tak boleh, whatsapp tak boleh, facebook tak boleh dan tak boleh klik butang merah bila ada call masuk. Ini bahaya, buatnya ada panggilan kecemasan dari kampung dan anak batalkan pula.

Ajar juga jangan buka meseg yang baru masuk whatsapp ataupun telegram. Sebab ramai anak yang cuba-cuba tekan sampai terhantar meseg dan komen bukan2 hantar gambar, video, voice note dalam group group. Ini bukan salah anak tuan puan, jangan bagi alasan ” Sorry anak tertekan ”

Gambar hiasan

5 – Manfaatkan App

Nak kawal anak 24 jam sehari memang mustahil sebab kita pun ada urusan dan “Adult Thing” yang kita kena beri perhatian. Jadi gunakanlah apps yang boleh membantu seperti Screen Time Kids, Parental Control dan ZenScreen. Ada free version dan paid version, yang free pun dah cukup kalau setakat nak kawal screen time anak-anak.

Ada juga app bentuk education contoh kids spelling learning, dalam tu anak akan belajar cara mengeja dan membaca dan mak ayah boleh pantau serta lihat markah anak. Buat masa ni ada bahasa english sahaja, mungkin akan datang ada developer melayu buat versi bahasa melayu. Siapa tahukan.

Nota : Sangat di rekemen asingkan gadget mak ayah dan anak supaya anak lebih hormat barang mak ayah dan tidak sesuka hati “Papa nak henfon” di mana-mana sahaja.

6 – Jangan Jadikan Gadget Alasan

Ingat, tujuan gadget bukan untuk melekakan atau mendiamkan anak semata-mata tapi ia adalah satu kelebihan (Extra Privilege) yang kita ada untuk membantu tugas Mak Ayah membesarkan anak dengan lebih baik dan cekap. Percayalah kalau gadget ini ada masa mak ayah kita dulu memang diorang tak akan bagi kita tengok kartun di tv.

Hanya kerana gadget ada “cahaya” yang boleh merosakkan mata tak bermaksud kita perlu hukum kepintaran, kelajuan dan keberkesanan teknologi itu.

Pengidap kencing manis pun tak akan berhenti minum manis hanya kerana gula tu berbahaya.

Pucuk pangkalnya mak ayah ada tanggungjawab yang berat dan besar, tak adil nak samakan tanggungjawab sekarang dengan zaman dulu. Dulu lain sekarang lain. Sekarang main dam haji pun dalam phone.

Kita kena buka mata, buka hati, pandang lebih jauh, pandang lebih telus kerana sangat jauh lagi masa depan anak-anak kita ini, tak adil kita jadikan masa kini sebagai penanda aras masa depan mereka.

Boikot Keburukan Teknologi

p/s : Kongsikan pada mak ayah lain ya supaya sama-sama dapat manfaat.

p/s : Saya banyak berkongsi tips rumahtangga dan parenting dalam telegram, join lah. Klik sini -> t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar