Siakap Keli
Hantaran sekadar hiasan

”Saya Malu, Kad Dah Edar, Seminggu Lagi Nak Kahwin, Dia Cakap Takda Hati,” Lelaki Luah Rasa Kesal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkahwinan adalah impian bagi setiap pasangan. Bukan sahaja bagi menghalalkan hubungan yang sudah terjalin, tetapi bukti cinta keduanya. Namun, ada sahaja dugaan yang akan datang menguji sebelum melangkah ke alam perkahwinan terutamanya ketika anda berada dalam fasa pertunangan.

Seperti nasib yang menimpa lelaki ini apabila lagi seminggu sahaja untuk melangsungkan perkahwinan, tunangnya yang disayangi tiba-tiba berubah fikiran untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka. Alasannya kerana sudah tiada hati sedangkan kad sudah diedar, segala persiapan sudah dibuat, hanya menunggu hari sahaja untuk diijabkabulkan.

Hati siapa yang tidak remuk sekiranya terpaksa berhadapan dengan dugaan begini. Lebih mengeruhkan keadaan, bekas tunangnya itu pula didakwa sudah mengikat pertunangan dengan lelaki lain. Apa yang dikesalkan oleh lelaki ini ialah bukan sahaja dia dan keluarga terpaksa menanggung malu malah menagih hutang dengan bekas tunang yang didakwa sudah melarikan diri. Ikuti luahan Syafiq seperti d bawah.

Bahagian 1

Sekian lama aku diam akhirnyaa harini benteng kesabaran aku pecah. orang yang taktau cerita mudah kata aku salah tapi depa taktau puncanyaa dari sapa!

Bekas tunang

Seminggu nak kahwin tetiba cakap takmau kahwin. Katanya takda hati. Dah takda hati buat apa hang kejan aku nak bertunang la nak menikah awal? untuk apa? aku bayar duit kutu hang bulan-bulan bayar duit sewa rumah hang apa segala sebab aku niat nak jadikan hang halal untuk aku tapi ini yang aku dapat? tak selamanyaa hang di atas.

Putus tunang dengan aku takdan sebulan hang bertunang dengan orang lain? hebat permainan hang. lani aku takmau tau hang nak melingkop ka apa ka. Aku dah cukup bersabar dengan hang dan bukannya aku tak minta cara baik bayar duit-duit aku tapi hang yang memaksa untuk aku viralkan muka hang.

Lelaki yang didakwa tunang baru kepada bekas tunangnya

Aku dah mesej dah minta ajak bincang luar dan dah bersabar tapi hang memilih jalan untuk block aku. So harapnya lepas ni pandai laaa cari aku pulak. Report polis bakal menyusul lepas ni. Jangan lari-lari dah yaa. SP tak besar mana… minta sahabat-sahabat saya share kisah saya. saya buat kebaikan tapi dibalas taik oleh perempuan ni. 

Bahagian 2

Tujuan saya update status ni bukanlah untuk aibkan dia. Niat saya cuma nak cari dia sebab dia block saya di semua media sosial.

Saya pi rumah dia takda, merata saya cari. Orang di sebelah pihak dia kata saya yang bersalah sedangkan terang lagi bersuluh pmpuan tu yang ada orang lain.

Bayangkan lagi seminggu nak bernikah dia cakap cancel dia takda hati. Lepas cancel semua dia bertunang dengan lelaki lain. Kalau tuan-tuan di tempat saya apa yang tuan-tuan rasa? persiapan majlis semua dah siap. Keluarga saya tanggung malu. Kad kenduri dah edar semua.

Saya minta maaf kalau ada sapa sapa terasa dengan status saya. Saya takkan delete status ni selagi saya tak dapat apa yang saya tuntut dari perempuan tu. Saya ikat perut tak makan dok bayar hutang perempuan tu yang saya anggap bakal jadi bini saya.

Saya buat semua tu sebab memang niat saya nak menghalalkan dia. Bukannya nak jadikan dia perempuan simpanan ka apa. Di sini saya sertakan sekali gambar tunang baru dia yang cakap pandai dengan saya kononnya nak tolong settle hutang hutang tunang dia.

Saya tak cakap tanpa bukti. Nah saya sertakan bukti bukti. Report polis bakal menyusul. Saya tunggu sampai hujung bulan 11. kalau takda apa apa tindakan saya akan file saman malu.

Sumber : Syafiq Azmi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.