Siakap Keli
BERNAMA

Sultan Selangor Titah Papan Tanda Berbahasa Cina Ditukar Segera

Tular hari ini sekeping surat yang menunjukkan bahawa Sultan Seleangor, D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan Selangor menurunkan semua papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Cina di Shah Alam dan digantikan dengan papan tanda yang menggunakan tulisan Bahasa Melayu sahaja.

Surat berkenaan yang bertarikh 19 September dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Baginda, Dato’ Haji Mohamad Munir Bin Bani itu dihantar kepada Setiusaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Amin Ahmad Ahya.

RYM – Red Yellow Media

”D.Y.M.M Sultan Selangor telah menitahkan supaya semua Papan Tanda Jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan Papan Tanda Jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. 

”Operasi penukaran Papan Tanda Jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-selewatnya sebelum tarikh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 D.Y.M.M Sultan Selangor iaitu pada 11 Disember 2018,” kata surat berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial sekeping gambar papan tanda di Shah Alam dimana sebuah Papan Tanda Jalan, Jalan Balai Raya C ditulis dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Cina di bahagian atas dan Bahasa Melayu di bahagian bawah.

Pasca PRU14 & Isu Semasa

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.