Siakap Keli

(Video) Juruterbang Dari Brazil Peluk Islam Ketika Terbangkan Pesawat Di Atas Arab Saudi

Seorang lelaki yang tidak dinyatakan nama sebenarnya, tetapi dipercayai seorang juruterbang pesawat komersial Brazil membuat kejutan apabila melafazkan syahadah ketika terbang melintasi ruang udara Arab Saudi.

Peristiwa bersejarah berkenaan menjadi tular susulan sebuah klip video yang merakam momen-momen indah tersebut dikongsikan di pelbagai platform media sosial oleh netizen.

Dalam klip video pendek berkenaan, lelaki berambut blonde itu dilihat menunjukkan jarinya ke atas sambil melafazkan kalimah suci tersebut.

Sorang lagi lelaki yang kemudiannya bertindak membimbing juruterbang berkenaan melafazkan syahadah didengari berkata, ”Kami di sini bersama-sama juruterbang Amilo dari Brazil.”

”Dia akan melafazkan kalimah syahadah (teks) sewaktu kami terbang menuju ke Taluka,” kata lelaki itu lagi.

Sebaik sahaja juruterbang selesai melafazkan syahadah, dia kemudian menerima ucapan tahniah daripada lelaki yang membimbingnya sebagai saudara baru seagama.

Ketika melafazkan syahdah, pesawat yang dikendalikannya berada pada ketinggian 5,500 kaki, tepat di atas Kota Suci Mekah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=h-I9WMJ6cLc]

 

Sumber : Dailystar UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.