Siakap Keli

Cermin Berhantu Milik Kapten Kapal Titanic Akan Dijual Bermula RM50,000

Cermin ‘berhantu’ dipercayai milik seorang kapten TITANIC akan mula dijual pada harga 10,000 Euro (RM48,000).

Cermin berusia 110 tahun itu dipercayai akan diseru roh Edward John Smith setiap tahun.

Misteri bermula pada tahun 1912 apabila seorang pekerja TITANIC membawa pulang cermin tersebut dan dikacau Kapten Smith setiap kali tibanya ulang tahun tragedi Titanic.

Cermin itu telah di simpan turun menurun dan kini dimiliki David Smith yang telah menyimpannya selama 5 tahun.

Menurut David, Kapten Smith akan sentiasa munculkan wajahnya di dalam cermin itu setiap kali ulang tahun Titanic.

Pemilik baru cermin itu akan turut menerima surat tulisan tangan yang menerangkan ‘harta’ itu.

Sumber: Mirror

Nur Farra