Siakap Keli

Dua Hari Lagi Mimi Ambil SPM, Mimi Tak Tahu Nak Cium Tangan Siapa, Mimi Rindu Ayah Sangat-Sangat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan insan tersayang terutamanya ibu bapa dalam hidup pastinya memberi tamparan yang besar. Terasa sangat kehilangan apatah lagi jika di saat kita masih memerlukan kasih sayang mereka. Sebagai seorang anak, hanya doa mampu dikirimkan untuk mengubat rindu.

Tular di media sosial, perkongsian oleh seorang remaja yang merindui ayahnya yang telah pergi. Moga anak ini terus kuat meneruskan kehidupan terutamanya dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berbaki 2 hari lagi. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Ramai yang tersentuh dan sebak!

Assalamualaikum ayah. Ayah mimie datang nie melawat ayah, mimie dah janjikan mimie nak datang harini.

Mimie balik dari kelas mimie terus datang jumpa ayah. Ayah biar la air hujan membasihi diri mimie, biar laa mimie kotorkan baju sekolah mimie dengan tanah kubur ayah janji mimie dapat luahkan segala perasaan yang ada dalam diri ini.

Ayah mimie rindukan ayah sangat sangat. Ayah dua hari lagi mimie akan duduki peperiksaan SPM. Debaran semakin terasa ayah. 14 hb 11 nie genap pemergian ayah selama 4 tahun. Ayah, mimie rindu nak peluk cium tangan ayah. Mimie rindu masakan ayah, rindu senyuman ayah, rindu nak teman ayah pergi carik lauk dekat econsave, umur mimie 12 tahun pon ayah masih lagi nak suap mimie makan, mimie rindu suapan ayah.

Terima kasih sebab jaga mimie dari kecik sehingga nafas terakhir ayah. Umur mimie 13 tahun ayah dah pergi tinggalkan mimie , adik-adik and mak. Tadi dekat sekolah ada majlis mohon restu ilmu untuk SPM. Ramai mak ayah dorang datang. Penceramah tu kata “siapa yang mak ayah dia datang, tolong bangun pergi laa mintak maaf cium tangan mak ayah mintak restu dan ucap laa terima kasih” kawan kawan mimie semua bangun pergi dekat mak ayah dia.

Tapi ada berapa orang je yang tak bangun termasuk mimie. Mimie tak tahu nak peluk siapa, tak tahu nak cium tangan siapa, tak tahu nak mengadu dekat siapa, mimie nangis sorang diri. Mimie tahu mak tak dapat datang sebab mak ada sebab sebab hal tertentu. Tapi takpe nie laa satu perjuangan untuk mimie teruskan kehidupan.

Mimie janji mimie akan jaga mak and adik-adik. Mak tak pernah ajar mimie untuk bersedih tapi mak mengajar mimie untuk terus semangat disaat kesedihan. Terima kasih ayah sebab selama nie jadi ayah yang terbaik untuk kami semua walaupon hanya sementara. I love you. Mimie tak pernah sedetik pon lupakan ayah. Doakan mimie supaya jawab exam spm nanti dengan hati yang tenang ye ayah. Semoga ayah tenang di alam sana, al fatihah.

Sumber : Nor Syahmila

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.