Siakap Keli

(Gambar) Botol Lama Jangan Dibuang, Ini Antara Produk Kitar Semula Yang Kita Boleh Hasilkan Untuk Kegunaan Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap rumah di Malaysia ini pasti memiliki botol plastik kosong yang asalnya adalah botol yang mengandungi air minuman, minyak masak dan sebagainya. Kalau difikirkan, kemanakah botol-botol akan dibuang nanti dan apakah kesannya terhadap alam sekitar kita?

Menurut kajian yang dijalankan, botol-botol plastik mengambil masa kira-kira 450 tahun untuk mereput sepenuhnya. Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah bijak memainkan peranan semampunya untuk menyelamatkan alam sekitar dengan mengitar semula bahan terbuang.

Jikalau di rumah anda terdapat banyak botol-botol plastik yang kosong, jangan dibuang dulu kerana siapa sangka anda boleh menghasilkan pelbagai produk kitar semula untuk kegunaan di rumah selain turut menjaga keindahan alam sekitar kita.

Entri kali ini akan berkongsi gambar-gambar dan tips dari Puan Yatie Eimra tentang idea membuat peralatan untuk kegunaan di rumah yang dihsilkan dari botol-botol terpakai.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat untuk semua.

Reuse Bottles & Containers Ideas

Kat rumah memang banyak bekas & botol terpakai ni.. Alang² dah banyak tu, kita guna semula jela botol² ni dari terbuang macam tu aje.. Macam² boleh buat dengan bekas/botol² ni sebenarnya..

Tadah air untuk bekas dispenser air. Masa raya haritu saya guna botol ni je buat tadah air yang meleleh.

Tip:
Tapak dispenser air tu perlu ditolak kedepan atau kebelakang sikit supaya angle botol plastik tadi bersesuaian & boleh tadah air yang meleleh tanpa tumpah atas lantai

Tempat simpan spaghetti. Senang nak masak dengan portion yang sama.

Ni saya buat simpan tepung khas untuk bersihkan ayam/ikan/dll. Lubangkan penutup macam ni, lepas tu tutup guna cup ubat.

Botol kordial buat jirus pokok pun boleh.

Cara ni paling senang bila ada jajan tak habis. Saya jarang makan jajan ni, tapi sesekali teringin la jugak.

Bila dah bukak, seminggu pun tak tentu habis lagi.. Guna penutup botol ni bukan je mudahkan nak bukak & makan, tapi jajan lebih tahan lama.

Tapi kena ikat getah dengan kemas, lepas tu sebelum tutup rapat, tekan plastik pembungkus supaya angin keluar & tutup penutup. Lama² angin akan masuk gak, tapi keluarkan jela angin tu dengan cara sama.

Kalau nak mudah bukak penutup, pegang sikit bahagian botolnya macam dalam gambar.

Bila si kecik kejenye nak basuh tangan jer 24/7. Kat rumah ada tangga khas untuk anak panjat & basuh tangan. Tapi dapur ni kecik & sempit, so tak boleh nak parking tangga dia kat depan sinki tu 24jam..

Terpaksalah ummi dia buat extention untuk paip supaya si kecik ni boleh basuh tangan tanpa panjat tangga. Bila dah basuh kang, cabut la balik botol ni.

Tip:
Muncung botol saya alas dengan tisu wipes untuk perlahankan aliran air.. Takdelah air terpercik kuat.

Saya suka asingkan plastik yang saiz kecik untuk tong sampah kecik kat sinki. Guna botol untuk simpan plastik kecik ni & sangkut la kat memane yang patut. 

Buat tabung diy pun boleh.

Reuse balang lama jadik bekas tisu (roll).

Cantikkan lampu botol yang d.i.y ini. Puan Yatie hasilkan lampu ini daripada botol madu yang dikitar semula.

Tip: Kesemua botol kosong akan dibersihkan menggunakan sabun terlebih dahulu bagi menghilangkan kesan kotoran atau air manis.

Selamat mencuba!

Sumber: Yatie Eimra

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di